Sunday 15 December 2019

KELUARGAKU SYURGAKU

Assalamualikum, holaaaaaaa 💕

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berpeluang untuk meneruskan penulisan blog saya dan berkongsi lebih banyak cerita tentang kehidupan saya 😉

Untuk posting kalini, saya ingin berceritakan serba sedikit tentang keluarga kesayangan saya.

Apa itu keluarga ?

Keluarga adalah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam satu kelompok sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil  dan biasanya selalu ada hubungan darah , ikatan perkahwinan atau ikatan lainya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan dalam satu periuk .
 ( Sumber : https://www.kajianpustaka.com/2012/11/definisi-fungsi-dan-bentuk-keluarga.html )

Saya sudah pasti kesemua orang mempunyai keluarganya tersendiri. Cuma yang membezakan kita di antara satu sama lain ialah jalan cerita hidup kita .



Saya teruskan cerita saya bermula dengan kedua orang tua saya ( ibu bapa ) . Ayah saya merupakan seorang yang amat tegas dan garang bersesuaian dengan kerja nya iaitu beliau merupakan seorang pesara tentera dan berpencen sebagai 'Flat Sarjan' setelah berkhidmat hampir 45 tahun untuk Tentera Udara  Diraja Malaysia(TUDM). Pekerjaan beliau sebagai tentera bukanlah kerja yang mudah dan memerlukan beliau berpindah dari satu kem ke kem yang lain. Sepanjang perkhidmatan ayah sebagai tentera, beliau telah berkhidmat di Pengkalan TUDM Subang, Selangor dan beliau menamatkan pekerjaannya di Pengkalan TUDM Kuantan, Pahang. Pada masa ini, ayah saya tidak bekerja dan hanya berehat di rumah bagi menikmati kehidupan berpencennya setelah bertahun-tahun bekerja sebagai tentera.



Seterusnya, saya mempunyai seorang ibu yang amat lembut dan penyayang tetapi dalam lembut beliau, beliau merupakan seseorang yang amat tegas. Bagi mendidik anak-anaknya supaya menjadi manusia berguna, beliau amat perlu untuk mempunyai sikap sedemikian. Beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang berada di Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah dan sekolah tersebut merupakan tempat perkhidmatan terakhirnya . Pada 6 Ogos 2011,iaitu pada 6 Ramadhan, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di kampung halaman saya iaitu di Felda Bukit Senggeh, Asahan Melaka. Ibu menghidap penyakit kanser tahap 2 pada awalnya. kira-kira 2 tahun beliau cuba untuk bertahan dengan melalui rawatan kemotrapi dan radiotrapi. Kehidupannya mula mencabar apabila beliau terpaksa berulang ke hospital besar Melaka untuk menjalani rawatan, tetapi beliau masih mempunyai kutdrat yang kuat untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru walaupun beliau sedang sakit.

Semangat dan kesungguhan beliau sekali pun tidak pernah padam dalam benak fikiran saya kerana itulah sumber inspirasi saya untuk saya terus kuat dalam meneruskan perjuangan mencapai cita-cita saya. Walaupun masa yang dipinjamkan untuk saya hanya 11 tahun dapat hidup bersama ibu saya, tetapi ianya merupakan sesuatu nikmat yang besar yang telah diberikan kerana saya telah dianugerahkan seorang ibu yang sangat hebat.

Saya juga mempunyai seorang ibu tiri yang telah dikahwini oleh ayah saya sejak ibu saya ada lagi. Saya mengatakan bahawa ibu saya seorang yang kuat kerana antara cabaran yang besar yang beliau perlu lalui selain daripada bertahan dengan kesakitan beliau ialah beliau terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Ibu seorang yang sangat tenang, walaupun beliau sangat kecewa tapi beliau tidak pernah sekali pun berputus asa dan sentiasa nampak kuat dimata kami sebagai anak-anaknya.



 Alhamdulillah, sekali lagi Allah berikan nikmat kebahagiaan kepada saya kerana saya memounyai seorang Ibu tiri yang sangat baik dan menyokong segala apa yang saya lakukan. Dia bukanlah seperti ibu tiri yang selalunya di tunjukkan di dalam tayangan filem atau drama. Saya amat bersyukur kerana dia saya masih lagi berpeluang untuk merasakan kasih sayang dari seorang ibu.



Saya mempunyai seorang abang yang berusia 27 tahun dan kini sedang bekerja sebagai pengusaha ayam kamoung frozen. Setelah bermacam macam cabaran yang dilalui sepanjang tempoh dewasanya, alhamdulillah beliau kini sedang membina nama perniagaannya supaya dapat menempah nama yang lebih kukuh dalam pasaran perniagaan. Dia merupakan lepasan diploma dalam bidang Kaunseling. Walaupun bidang yang berlainan, ia bukanlah penghalang untuk beliau lakukan apa yang beliau minat seperti berniaga.

Saya juga mempunyai seorang kakak yang kini berusia 24 tahun. Beliau merupakan seorang graduan dalam bidang sivil engineering dan kininsedang bekerja di sebuah firma yang terletak di Putrajaya sebagai seorang engineer dan beliau juga sedang melanjutkan pelajaran secara partime bagi memiliki segulung master dalam bidang sivil engineer. Perjalanan kehidupan beliau amat dikagumi oleh saya kerana sejak beliau di sekolah rendah beliau sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dan akhirnya menyebabkan beliau berjaya menyambung pelajaran dengan memiliki biasiswa. Biasiswa yang beliau dapat bukan sahaja sehingga ke peringkat degree tetapi juga master. Berkat usaha beliau yang tak pernah putus asa, perjalanan kehidupan dan pembelajaran beliau dipermudahkan.

Saya mempunyai seorang adik yang merupakan adik saya yang sama ibu. Dia merupakan seorang yang sangat kuat kerana beliau menerima dengan hati yang terbuka pemergian arwah ibu walaupun ketika itu beliau baru berusia 5 tahun. Tanpa sedikit kekecewaan, beliau menerima segala ketentuan dengan tabah walaupun beliau pada masa itu pada usia yang sangat muda. Kini adik sedang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar yang merupakan sekolah berasrama penuh. Keputusan beliau yang cemerlang dalam UPSR telah menyebabkan beliau berjaya mengambil tempat di sekolah berasrama penuh. kami sekeluarga sangat bangga kerana adik juga berjaya mencorak perjalanan pembelajarannya dengan baik setakat ini.



Saya juga mempunyai seorang adik bongsu yang sangat comel. Adik saya ini merupakan adik kandung saya tetapi berlainan ibu. Adik saya kini baru berusia 2 tahun dan masih belajar untuk bercakap. Kini dia lah yang berjaya menceriakan rumah dan sentiasa menghiburkam kami dmsekeluarga dengan gelagatnya.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit tentang ahli keluarga kecil saya. Saya mempunyai keluarga yang lengkap. Walaupun ketiadaan ibu disisi, tetapi kasih sayang  dan ingatan saya padanya tidak pernah padam. Saya sentiasa  berharap saya dapat berjumpa ibu di dalam mimpi suapaya dapat mengubat kerinduan yang telah 8 tahun terpendam. Allah sahaja yang tahu bertapa gigihnya saya meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa seorang ibu yang merupakan sumber kekuatan utama dalam kehidupan saya.

Sekian daripada saya,
Blogger krgemaran anda <3

Tuesday 3 December 2019

TEMU RAMAH TOKOH AKADEMIK

Asalammualiakum , holaaaaaa 😍

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan blog saya dan selamat bertemu kembali kepada semua pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dengan mengikuti perkembangan penulisan blog saya.

 Terima kasih Daun Keladi, ehehehe 😘

Untuk hari ini, saya ingin memceritakan sedikit pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan saya semasa mengadakan sesi temu ramah bersama seorang tokoh yang ingin kami jadikan sebagai tokoh akademik yang boleh dicontohi oleh semua pelajar.

Temu ramah ini adalah sebahagian daripada tugasan yang diberikan dalam kursus citra fotografi. Tujuan temu ramah ini dijalankan adalah bagi mengetahui latar belakang pendidikan dan pembinaan kerjaya seseorang tokoh untuk dikongsikan kepada pelajar yang lain dalam bentuk pembentangan.

Pada mulanya kami berlima memilih untuk menemu ramah seorang Professor Madya daripada Fakulti Undang-Undang kerana merasakan bahwa mereka yang bertugas sebangai pensyarah di sana sudah pastinya seorang yang sangat hebat. Pada mulanya kami memutuskan untuk menemuramah Professor Madya dr. Ahmad Azam bin Shariff yang merupakan seorang pensyarah di fakulti Undang-Undang. Tetapi dek kerana kesibukkan yang tak dapat dielakkan , permohonan temuramah kami ditolak dan ia menyebabkan kami diberi cadangan untuk kami mencari tokoh yang lain sebagai ganti. Setelah berusaha membuat permohonan temuramah beberapa orang tokoh yang lain, pemohonan kami masih lagi ditolak dan akhirnya kami memutuskan untuk menukar perancangan kami.

Perbincangan sebelum temuramah

Setelah sebulat suara kami memutuskan untuk menemuramah seorang Professor Madya daripada Fakulti pendidikan dan ia merupakan seorang yang hebat dalam Pengajian Bahasa Arab.

Professor Madya Nik Mohd Rohimi  bin Nik Yosoff

Kami sebulat suara memilih beliau sebagai tokoh Akademik bagi tugasan kami kerana mengikut penyelidikan kami, beliau merupakan antara pensyarah yang mempunyai pengalaman yang luas dan memperoleh beberapa anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang pendidikan. Beliau juga merupakan seorang periang dan berfikiran terbuka.

Beliau merupakan anak jati kelantan dan dibesarkan di kelantan dan sehingga kini rumah ibu bapa beliau masih di kelantan. Beliau merupakan bapa kepada 3 orang cahaya mata dan kini menetap di Seksyen 7, Bangi Selangor. Beliau merupakan Ketua Modul Bahasa Arab di Fakulti Pendidikan. Bidang Kepakaran Beliau ialah Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Beliau juga menamatkan pelajaran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memperoleh PHD dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab setelah mengharungi beberapa tahun belajar di Mesir (Al-Azhar) dan Khartoum ( Magribi) dan juga dalam bidang Bahasa Arab.

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang pendidikan Bahasa Arab, sumbangan yang amat besar kepada masyarakat ialah beliau telah menulis dan menerbitkan sebuah buku penulisan Bahasa Arab mengikut susunan kefasihan orang melayu. Beliau membuat kajian tentang kefasihan sebutan huruf arab dikalangan budak tadika dan seterusnya beliau menyusun kembali huruf Arab mengikut kefasihan orang Melayu. Hasil Kajian beliau juga telah menyatakan bahawa setiap bangsa mempunyai huruf dan tahap kefasihan tersendiri terhadap huruf-huruf arab.


Sepanjang temuramah berlangsung, kami telah bertanya tentang pelbagai perkara sama ada yang dituntut di dalam tugasan kami ataupun soalan-soalan yang terlintas dalam fikiran kami. Oleh kerana beliau merupakan seorang yang amat sporting, temubual kami berlangsung secara semiformal kerana permintaan Prof yang ingin santai-santai aja gitu...

Kami berasa sangat seronok sepanjang temuramah dijalankan kerana terdapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baru yang kami peroleh. Beliau juga telah berjaya membuka mata saya tentang cara belajar dan udaha yang tidak putus-putus beliau dalam mengecapi kejayaan beliau pada masa kini. Beliau memengang prinsip "Kita nampak baik bukan sebab kita baik, tapi sebab Allah tutup aib kita", dan itu yang menjadi pembakar semangat beliau untuk terus berusaha sehingga memperoleh kejayaan yang beliau miliki sekarang. Secara tidak langsung beliau telah berjaya menarik perhatian dan menjadi pembakar semangat untuk saya terus berusaha walupun kadangkala merasa hampir gagal dalam apa yang dilakukan.



Alhamdulillah , sampai disini sahaja perkongsian saya tentang temu ramah bersama tokoh Akademik yang akan dijadikan contoh dan inspirasi pada masa akan datang supaya sentiasa bersemangat dalam mencapai kejayaan. Saya berharap bahawa suatu masa saya ingin menjadi seperti beliau dan ditemu ramah oleh pelajar saya pula ihihihi 😜💖

Sekian Terima Kasih ,
Salam sayang dari penulis Blog kesayangan anda 💕






Friday 29 November 2019

SILAT GAYUNG FATANI

Assalamualaikum, Holaaaaa 💋

Sayang Kumbang Mecari Makan,
Terbang Seiring di Tepi Kali,
Selamat Datang Saya Ucapkan,
Moga Sentiasa Ke sini Berkali kali . 😂😂

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan blog saya bagi memberikan lebih banyak perkongsian kepada semua. Dan tidak lupa juga , terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan meluangkan sedikit masa untuk membaca penulisan blog saya yang serba ringkas ini. 😘😘😎

Okey, pada kesempatan kalini saya ingin mengambil peluang untuk bercerita tentang sebahagian ilmu yang saya belajar selama beberapa bulan saya menjadi mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) ini. Kali ini saya bukan nak cerita tentang apa yang saya belajar di dalam kelas atau kuliah tetapi saya ingin ceritakan apa yang saya belajar di luar waktu kuliah.

Sebelom ini saya ada berceritakan tentang saya mengambil Citra Fotografi sebagai tambahan kredit saya dan telah pun diceritakan serba sedikit pengalaman saya di dalam kelas. Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dalam seni pertahan kan diri iaitu Seni Silat Gayung Fatani.





Apa itu Seni Gayung Fatani?

Seni Gayung Fatani ialah satu aliran perguruan seni silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya yang terdapat di dalam masyarakat di desa-desa daerah hujung lidah tangan besar benua Asia meliputi masyarakat Melayu Campa, Kemboja, Patani, Semenanjung, Sumatera dan beberapa kepulauan Melayu. (http://psgfm.com.my/2016/01/05/apa-itu-seni-gayung-fatani/)

Untuk pengetahuan para pembaca, seni gayung fatani bukanlah seperti silat-silat yang lain yang terdapat di Malaysia. Ini  kerana, jika kita tengok dari namanya sahaja telah menyatakan bahawa seni gayung fatani ini merupakan sebuah seni pertahankan diri yang berunsurkan SENI dan bukanlah sebuah silat yang menekankan kekuatan atau keganasan dalam setiap langkah gerak serta bunga yang diajari.

Pada mulanya saya tidaklah terfikir untuk pelajari seni gayung fatani ini apatah lagi untuk memasukinya dan jadikan ia sebagai citra. Tetapi disebabkan kekurangan kredit untuk citra, akhirnya saya memilih untuk menjadikan seni gayung fatani ini sebagai salah satu citra yang mampu menyumbangkan 2 kredit. Kelas yang telah ditetapkan bagi seni gayung fatani ialah pada setiap malam selasa dan rabu, selama kira-kira 2 jam iaitu dari jam 8.45pm-11.00pm. 

Setiap seni silat sudah pasti mempunyai cara atau kaedah pembukaan , bagi seni gayung fatani ini, terdapat beberapa step atau langkah yang wajib dilakukan sebelum memulakan latihan . Sebelum itu kami akan diminta untuk mengambil kedudukan masing-masing dalam keadaan beratur dan mengahadap guru. 

1. Hormat - Guru akan meminta kami untuk hormat. Ianya menunjukkan kami mengahormati antara satu sama lain
2. Membaca al-Fatehah - Hadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, kedua ibu bapa, guru-guru, keluarga , rakan-rakan dan diri sendiri
3. Membaca Syahadat
4. Membaca Selawat - sebanyak 3 kali 
5. Membaca  La Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah 
6. Niat - Sahaja aku belajar seni silat gayung fatani kerana Allah 
7. Doa - dipimpin oleh guru silat yang mengetuai pembelajaran silat

Seterusnya, dalam seni gayung fatani pada sem ini , saya dan rakan rakan diajar yang asas dahulu kerana kebanyakkan dari kami tidak mempunyai apa-apa basic seni gayung fatani ini termasuklah saya sendiri. Untuk minggu-minggu awallan, kami diajar bunga silat. Bunga silat merupakan antara perkara yang utama kenana ianya akan digunapakai setelah pembacaan doa semasa pembukaan kelas silat dan sebelum menutup kelas silat juga kami akan melaksanakan langkah bunga ini.

Bunga di dalam seni gayung fatani bermaksud satu aliran gerak asas silat sesuatu aliran perguruan. Bunga Silat juga dikenali sebagai lela sembah . Makna yang khusus bagi bunga silat ialah gerak silat yang ditampilkan sebagai tanda menghormati guru dan perguruan silat. Pergerakkan bunga silat ini terdiri daripada langkah, kuda-kuda, limbai dan lengguk yang dilakukan secara rangkai yang menjadi asas kaedah rupa dan bentuk silat. Gerakan bunga silat ini berkembang pada tujuh peringkat yang bermula dengan disiplin, hormat , sabar, tenang , waspada, kemas dan keterampilan.

Bunga Silat 

Selain daripada itu, dalam seni gayung fatani juga mempunyai jurus. Setelah kami telah mahir dalam bunga silat , cikgu meneruskan ajaranya dengan mengajar jurus silat pula. Jurus silat berfungsi sebagai pembinaan kepada serang bela yang tepat , pantas dan berkesan. Di sebalik latihan atau gerak jurus silat , terdapat nilai-nilai murni yang diterapkan iaitu yakin, kendiri, patuh, seimbang , jujur berdikari serta tegas. Dalam jurus silat ini, terdapat tujuh peringkat yang diterapkan dalam amali Jurus Silat tujuh peringkat. Jurus silat mengajar pesilat-pesilat untuk memperoleh kemahiran serang bela yang tinggi, disebaliknya terdapat juga nilai-nilai murni yang menjadikan pesilat-pesilat seseorang yang dapat memimpin diri dariapada terjebak kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecelakaan pada diri zahir dan batin.

Jurus Silat

Seterusnya, setelah diajar bunga silat dan juga jurus silat, kami juga diajar tapak Belebat silat. Belebat silat merupakan cara sambut apabila datangnya serangan dari pihak lawan. Belebat juga bermaksud pergerakkan bagaimana untuk merancang 'sparing' pada permulaan pertempuran.

Selain itu, kami juga diajar Tapak, dan tapak pula merupakan corak langkah atau perancangan melangkah yang digunakan untuk memudahkan pergerakan . Ianya terdiri daripada kuda-kuda yang dijadikan asas dalam menyerang dan untuk mempertahankan diri serta menerima serangan dari pihak lawan. Tapak silat merupakan kedudukan dua belah kaki di atas lantai . Manakala pergerakan silat pula membawa kepada pergerakan atau jenis serangan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam seni gayung fatani pada semester satu ini, kami diajar tapak 4. Tapak 4 merupakan pergerakan dari satu tapak dan akan bergerak ke tapak tapak yang berbentuk empat segi dan akhirnya akan berakhir di tapak yang sama. Tapak 4 ini adalah pergerakan secara kumpulan sama ada dua tau empat orang. Dan kebiasaanya kami akan meletakkan kasut atau selipar di penjuru empat bahagian bagi mengekalkan langkah kami supaya tidak berlaku kesilapan dalam langkah.



Terdapat banyak lagi yang diajari di dalam sesi pembelajaran seni gayung fatani ini, dan itulah serba sedikit perkongsian tentang ilmu yang saya peroleh dari kelas seni gayung fatani . Pada mulanya, minat dalam silat tidak pernah wujud dalam diri, tetapi setelah mempelajari dan perasaan suka dan minat terhadap seni gayung fatani ini makin hari berjaya dipupuk dan ianya memberikan kelebihan kepada diri saya kerana mempunyai asas mempertahankan diri.

Seni gayung fatani bukanlah silat untuk pertempuran pada asalnya , ianya merupakan silat yang mementingkan seni dan pergerakan yang amat menarik. Dalam setiap langkah dan pergerakan dalam seni gayung fatani mempunyai maksud maksudnya yang tersendiri dan jika diterapkan dalam kehidupan seharian, ianya amat membantu dalam pembinaan jati diri seseorang individu.

Sampai disini sahaja , sedikit perkongsian saya tentang kelas seni gayung fatani . Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan membaca sehingga ke akhir perkongsian.

Salam sayang,  salam majulah silat untuk anak bangsa 😘😘😘




Wednesday 20 November 2019

MY DAILY SKIN CARE AND MAKEUP ROUTINE

Assalamualaikum, heyyyyoooooo! 💕💕💕💕

Alhamdulillah selamat bertemu lagi kita di blog saya yang serba ringkas ini!! 

 Haaa tengah berkerut dahi ke tu? Okey, macam biasa sebelom apa-apa,tarik nafas dalam-dalam, hembusssss 💨💨 hembus ikut hidung atau mulut okey jangan ikut lain pulak. lain jadinya nanti. ahahahaha . Haa dah hembus nafas kan? lepastu apa lagiii,  senyum  laaaaa .. 😊😊 Nampak gigi pun takpe, takde orang nak cakap kita gila pun 👀😬  Kongsikan positif 'vibes' anda kepada orang lain. Barulah ada persekitaran yang sihat .. haaa cenggituuu 👍

Okey, kalau nak diikutkan lah kan.. Posting kalini adalah posting yang ke-9 saya . Sudah banyak yang saya kongsikan pada posting-posting saya sebelum ini. Bermacam macam idea terlah cuba dicurahkan, sudah tiba masanya seketul Ika Natasya ketandusan ideanya .. hahahaha
Untuk posting kalini, saya ambik masa yang sangat lama yaa untuk berfikir apa lah yang saya nk kongsikan kalini untuk para pembaca saya . Fikir punya fikir, masih tiada idea yang menarik, sehinggalah tiba-tiba terfikir nak kongsikan tentang minat saya.

Haaa minat? apa lagi lah minat saya kan.. sebelum ni saya dah kongsikan tentang minat saya terhadap musik, minat saya terhadap masakan.. dan apa lagi, tengok tajuk pun dah tahu kan, tajuk saya kalini ialah tentang MAKEUP harian sayaaaaa! 


Kenapa saya pilih makeup sebagai tajuk harini? okey, yang pertamanya kerana saya sudah ketandusan idea . hahaha dan yang keduanya kerana saya memang minat untuk makeup(basic je tak pandai makeup sangat pun 😁), maka saya teringin nak kongsikan serba sedikit tentang rutin makeup harian saya sebelum keluar atau pergi ke kelas. 😎 teringin jugak nak acah-acah instafamous ke, artis ke yang share makeup tutorial harian diaorang. hahahaha 

Tidak dinafikan, ada sahaja yang bertanya kenapa saya pakai makeup? Kenapa saya suka makeup? Kenapa dalam keluarga saya je yang suka untuk makeup? kenapa pergi kelas yang mungkin hanya 3 jam sehari pun nak makeup? 

Terlalu banyak soalan yang dipersoalkan kenapa dan mengapa, tetapi bagi saya senang sahaja jawapannya. Semuanya berbalik pada diri sendiri sama ada kita hendak buat sesuatu itu atau tidak. Saya sangat mengemari untuk memakai makeup atas diri saya sendiri dan tiada siapa pun yang mempengaruhi atau mengajar saya. Saya memakai makeup kesemuanya sendiri memalui pemerhatian saya terhadap artis-artis yang saya minat ( tengok tutorial dekat instagram) . Pada mulanya, keluarga saya terutama sekali ayah saya sedikit tidak selesa dengan perbuatan saya dan keinginan saya untuk pakai makeup apabila keluar tetapi saya mula berjinak jinak untuk pakai makeup sejak saya mempunyai duit saya sendiri kerana bekerja selepas habis SPM. Lama kelamaan ayah saya menerima keputusan saya untuk 'bermakeup' kerana saya tidak minta duit dia untuk membelinya. hahahaha ( taktik paling baik kalau nak parents setuju dengan apa kita minat , jangan susahkan mereka dan usaha sendiri) 😅😅

Okey, sejak itu lah saya pakai makeup dan sehinggakan saya tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang jika saya tidak pakai apa-apa dimuka saya , terutamanya apabila keluar jalan-jalan ataupun pergi ke kelas. (tak elok sebenarnya perasaan ini tapi hmm saya masih cuba atasi masalah  kurang keyakinan saya ini). Saya juga selalu merasakan saya belum cukup cantik untuk tidak pakai apa-apa makeup. hahahaha

Okey baiklah, cukup dengan cerita tentang sejarah tentang penjinakkan saya dalam dunia makeup ni hahaha kini tiba masanya untuk saya cerita serba sedikit tentang apa yang saya apply dalam makeup harian saya. 

Kebiasaannya, saya akan bangun awal daripada orang lain sbb bukan sekejap ye masa nak makeup. hahahahaha


1. Step pertamaaaa, mandi. Jangan tak mandi pulak sebelum keluar atau pergi kelas.😂 Nanti harap muka je dah cantik makeup tapi rupanya tak mandi .. hahaha

Seterusnya, saya akan pastikan  setiap kali selepas mandi, saya perlu mencuci muka sebersihnya supaya dapat membersihkan segala minyak, kekotoran yang ada pada muka  sewaktu kita tidur. Kalau tak cuci betul-betul nanti akan berlakunya pori muka tersumbat kerana penjagaan muka yang tak betul... lepastu mula lah jerawat naik bertepek tepek kat muka 😐 Setiap seminggu 2 kali juga, kita perlu skrup muka kita supaya dapat buang kulit-kulit mati dan memberikan sedikit kemanjaan pada kulit wajah apabila kita urut-urut muka ketika skrup itu.. feeling good gituuu lepas dh skrup, ringan je muka.. hahaha 

p/s : pakai apa sahaja jenis pencuci muka dan skrup ( asalkan sesuai dengan kulit wajah ) 

2. Step kedua ialah , selepas selesai cuci muka dengan sebersihnya digalakkan untuk lap muka dengan menggunakan towel, kain atau tisu yang bersih bagi mengelakkan muka daripada terdedah dengan kekotoran sebelum saya memakai apa-apa dimuka. Selepas sahaja lap muka dengan kain bersih, saya akan terus memakai toner saya iaitu hydrating lotion daripada hada labo ( tepek tepek je dekat muka dengan tangan, jangan guna kapas tau sebab boleh berlaku hakisan kat kulit muka nanti). Saya akan pastikan saya memakai toner dengan cepat supaya dapat meresap dengan baik ketika pori muka masih lagi terbuka selepas basuh muka. 



3.  Seterusnya, step ketiga ialah saya akan memakai moisturizer sebaik sahaja toner meresap di muka saya. Kebiasaanya , orang akan memakai serum di step ini, tapi saya tidak pernah memakai apa-apa serum kerana masih belom berani untuk mencuba. (kulit muka sensitif). hmm😩 Tiada cadangan untuk moisturizer yang terbaik kerana setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Maka, buatlah pilihan yang terbaik untuk muka anda. hahaha Untuk saya, saya hanya memakai water gel daripada hada labo. Pakai seperti biasa, colet-colet kat muka, sapu kasi rata. 😗


4. Untuk step seterusnya, selepas pakai moisturizer, saya akan pilih untuk memakai sunscreen. (sangat penting yeeeee untuk pakai sunscreen) Banyak kelebihannya antaranya, elakkan kulit kita terdedah secara terus dengan matahari dan mampu melambatkan penuaan . Haaa nak ke muka cepat kedut? Jadi, sila-sila lah pakai sunscreen . Ehehehehe


5. Step kelima, saya akan memakai foundation. Foundation merupakan yang paling utama dalam dunia makeup kerana ianya merupakan paling asas sebelum memakai makeup-makeup yang lain. (ha ni baru masuk bab makeup, tadi tu asas sebelum makeup) . Tetapi, sebelum pakai faoundation, saya akan pakai concelar ( untuk tutup kesemua kesan-kesan atau bekas jerawat) dan barulah saya akan pakai foundation. 
Concelar

Foundation

6. Seterusnya, terpulang jika nak pakai compac powder bagi melicinkan tekstur faondation jika tak nak pun tak pe, dan boleh teruskan dengan step seterusnya .. huhu


7. Okey seterusnyaaaaaaa, tiba masanya untukk  makeup yang paling saya suka iaituuuu blusherrrrr! Dalam banyak-banyak makeup, saya sangat-sangat suka dengan blusher sebab bagi saya blusher lah yang berjaya naikkan makeup kita sebab fungsi dia bagi muka kita merah-merah gituuuu 😚
Kalau tak pakai blusher, memang tak boleh. rasa macam tak yakin je nak gerak. hahaha tapi kalau setakat nak gi makan kat kafe kolej, tak pakai lah. nanti orang kata over pulak kan. hahaha saya ada beberapa lagi koleksi blusher tapi saya tak tunjuk lah saya tunjuk yang saya suka pakai je.. hehe


8. Okey ni adalah yang paling akhir, palingg penting, paling susah nak pilih sebab tiap-tiap hari fikir nak pakai lipstik colour apa. Kalau gi watson atau guardian kan, memang rasa nak beli semua jenis warna yang ada. hahahaha .. Tapi, selalunya saya aakan pilih untuk campurkan lipstik saya supaya dia jadi warna yang lain dari lain. tak payah beli banyak pun takpe, boleh campur jadi warna sendiri heheheh.

Haaaaaa itu diaaaaa, habis pun cerita tentang penjagaan muka dan makeup asas yang saya pakai untuk tiap-tiap hari. Walaupun ada juga yang mengatakan makeup adalah satu pembaziran, tetapi jika anda merasai makeup ini adalah satu kegembiraan yang mampu buat anda kurangkan tekanan , anda pasti akan faham kenapa saya sangat-sangat suka untuk makeup.. hahahaha 

Saya taknak cerita panjang-panjang sebab saya yakin para pembaca saya ni semua pasti sudah dapat menjangkakan yang saya sejenis yang amat menitik beratkan penjagaan muka dan perhiasan diri. Ianya memang suatu kepuasan yang tidak dapat diluahkan, ehek ehek

Sebelum saya akhiri penceritaan saya, saya ingin menasihati kepada semua pembaca, walau bagai mana pun keadaan, jagalah kulit muka anda, tak cantik dimata orang tidak mengapa, janji kita yakin dengan apa yang kita buat, kerana yang paling akhir sekali semuanya berbalik pada diri kita sendiri.

Disebabkan saya suka sangat makeup, saya  nak share tutorial makeup saya untuk anda semua. SELAMAT MENONTON !!! 😘😘😘😘




Hehehehe terima kasih semuanya kerana sudi membaca sehingga akhir, semoga anda mendapat sedikit kegembiraan dan inpirasi pada hari ini. 

Salam sayang dari saya, penulis blog kegemaran anda 💗💗



Friday 15 November 2019

'MENGUNDI TANGGUNGJAWAB BERSAMA'

Assalamualaikum, haloooooooo😎😎

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berpeluang untuk meneruskan penulisan blog saya dan berkongsi lebih banyak cerita tentang kehidupan saya 😉 rasa-rasa apa tajuk saya kalini? Pasti lah semua dah tahu kan, saya hendak bercerita tentang MENGUNDI . hahaha ✌

Okey, marilah kita teruskan..

Okey untuk harini  , saya nak cerita tentang pengalaman kali kedua dalam hidup saya yang berlaku semalam, iaitu pada 14/11/2019 ( Khamis) . Pada tarikh tersebut telah berlakunya Satu Pilihan Raya Kecil (PRK)  Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menetukan pemimpin yang bakal menerajui tampok kepimpinan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar di universiti. Program ini adalah program yang sangat besar dan melibatkan kesemua pelajar dari tahun satu hingga tahun akhir. Kenapa saya pengalam kali kedua? Ini kerana saya pernah mengjalani proses pengundian tetapi ianya sewaktu saya di Kolej Matrikulasi dan Pilihan Raya yang dijalankan tidaklah sebesar dan se 'GAH' di universiti.

Okey, saya bukan hendak bercerita tentang politik kerana saya tidak akan mebangkitkan isu siapa yang lebih layak dan siapa yang tidak layak bagi mengisi tampuk kepimpinan di kampus tetapi saya ingin berkonsi sedikit ilmu tentang Pilihan Raya Kecil Kampus ini dan berkongsi tentang pengalaman serta sedikit kebaikkan yang kita akan dapat melalui pilihan raya ini.




Apa itu Pengundian? 

Pengundian ialah satu kaedah untuk pembuatan keputusan yang mana satu kumpulan, umpamanya bermesyuarat atau para pengundi mencuba untuk mengukur pendapat-pendapat ahlinya. Kebiasaanya sebagai langkah terakhir menyusuli perbincangan atau perdebatan dalam sesutu tujuan. Alternatif-alternatif untuk pengundian termasuklah pembuatan keputusan kesepakatan yang bertujuan untuk mengelakkan pengutuban dan pertentangan pendapat serta pertaruhan. ( Petikan Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengundian )

Apa itu Majlis Perwakilan Mahasiswa?

Seperti yang kita tahu , pilihan raya kampus merupakan pemilihan untuk kita sebagai pelajar memilih sesiapa yang bertanding mewakili pelajar sesebuah kampus itu sendiri untuk memengang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (Majlis Tertinggi Pelajar Universiti) .

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pula ialah merupakan salah satu organisasi yang sudah lama ditubuhkan sejak tertubuhnya sesebuah universiti itu. Organisasi pelajar ini adalah organisasi yang tertinggi dan melahirkan mahasiswa yang berani kehadapan dan mewakili para pelajar sebagai pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan mahasiswa universiti. Bukan sahaja itu, malah ini adalah salah satu cara untuk menumbuhkan atau melahirkan Perwakilan Pelajar yang mampu untuk menjadi pemimpin dan mengusai tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. MPP ini juga diwujudkan bagi mendengar atau saluran kepada para pelajar di universiti untuk mengemukakan segala permasalahan yang mereka hadapi kepada pengurusan institusi . MPP juga adalah organisasi yang diwujudkan bagi memenuhi segala tanggungjawap yang diamanahkan kepada mereka.

OKEY seterusnya, saya ingin ceritakan sedikit tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya alami sepanjang minggu sebelum berlakunya Pilihan Raya Kecil Kampus.

Seperti yang kita tahu, sebelom berlakunya pilihan raya kecil kampus, sudah pasti para-para calon akan membentangkan agenda-agenda mereka kepada kesemua mahasiswa lain bagi mendapatkan sokongan dan bagi meraih undian. Calon pilihan raya terbahagi kepada dua iaitu yang pertama Calon Umum dan yang kedua ialah Calon untuk Fakulti. Calon umum merupakan mahasiswa yang bertanding bagi merebut tampuk kepimpinan Tertinggi Mahasiswa UKM manakala Calon untuk Fakulti pula ialah calon mahasiswa yang mewakili fakulti masing-masing bagi menjadi Majlis Pewakilan Pelajar Fakulti masing-masing dan juga menjadi wakil suara kepada kesemua pelajar fakulti masing-masing.

Pembentangan agenda-agenda  bagi setiap calon dilaksanakan seminggu sebelom berlakunya pengundian. Pelbagai cara yang dilakukan oleh para calon bagi memperkenal diri mereka kepada mahasiswa serta membentang agenda yang mereka akan ketengahkan jika mereka menang di PRK Kampus. Antaranya, para calon akan pergi ke kelas-kelas dan membentangkan agenda selama beberapa minit, mereka juga mengadakan mini perhimpunaan di kafe-kafe kolej kediaman yang berada di UKM ini bagi meraih kepercayaan mahasiswa lain. Saya juga dapat merasakan bahang kehangatan sepanjang minggu sebelum pengundian kerana saya dapat melihat kesemua calon-calon sungguh bersemangat 'menjual' diri meraka kepada mahasiswa. Saya amat berbangga dan sangat mengangumi calon-calon PRK ini tidak kira sama ada calon umum atau fakulti kerana meraka sanggup dan berani menampilkan diri bagi menjadi pewakilan pelajar yang akan mengetuai kepimpinan dan membawa kami mahasiswa lain ke level yang lebih selesa.


Video ini memaparkan sedikit pembentangan agenda ringkas oleh calon-calon yang telah datang ke kelas saya.

Selain daripada calon membentangkan agenda mereka secara berkomunikasi dengan mahasiswa, mereka juga sudah pasti mempunyai bena-bena tersendiri serta mereka akan mengedarkan 'form' yang mempunyai gambar mereka serta agenda yang mereka akan ketengahkan bagi setiap calon. Agenda bagi setiap calon sudah pasti berbeza dan sudah pasti kami akan memilih calon yang berkebolehan dan membentangkan agenda yang realistik dan sememangnya boleh diwujudkan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan.


  Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut, berikut merupakan antara calon yang bertanding bagi Calon Fakulti yang bakal menjadi Pemimpim Pewakilan Pelajar bagi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Mungkin ianya hanya lah sehelai kertas yang tidak bernilai di mata mahasiswa yang tidak peduli tentang pilihan raya ini tetapi, ianya merupakan sehelai kertas yang menunjukkan bertapa gahnnya kepimpinan dan agenda yang akan dibawakan untuk mahasiswa jika mereka memenangi tampuk kepimpinan MPP tersebut. Hebat Bukan? 👀 Bukan semua orang dapat peluang apa yang mereka dapat ini, bagi saya , hanya mereka yang betul-betul berani dan gigih sahaja yang dapat merasainya. ❤

Pada 14/11/15 - bermulalah hari yang dinanti nantikan oleh kesemua calon kerana pada hari tersebut adalah hari yang akan menentukan kejayaan mereka sebagai calon Perwakilan Pelajar. Di UKM terdapat 10 buah kolej kediaman, dan pusat pengundian adalah bertempat di kolej kediaman masing-masing. Saya sebagai Bangsa Keris iaitu penghuni Kolej Keris Mas, saya dan penghuni yang lain bertanggungjawab untuk mengundi di Bilik Konvensyen yang terletak di aras 1, di banggunan pejabat Kolej Keris Mas.





Pelik lah kalau namanya mengundi kalau tak kena beratur kan? jadi memang adat lah apabila mengundi kita perlu beratur panjang. Tapi apalah salahnya jika kita berkorban dan bersabar demi memilih dan memberi komitmen dan menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya nampak kecil tetapi ianya sangat lah besar kerana ianya adalah satu platform  untuk kita  memilih bakal PEMIMPIN KITA. haaa gituuu hahahhaha. Bagi saya, kita sangat tak rugi berkorban demi kebaikan kita , kita yang mengundi, kita yang membentuk siapa pemimpin pelajar kita. 👍👍



Tapi sayang seribu kali sayang, dan saya amatlah kecewa kerana statistik yang turun mengundi sangat-sangat lah tidak memuaskan. Hanya 42% sahaja yang menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan masih berbaki 58% yang mungkin hanya berdiam diri dan tidak turun mengundi kerana mereka menganggap bahawa jika mereka tidak turun untuk mengundi, tampuk kepimpinan masih juga dapat diisi oleh calon sebagai Majlis Pewakilan Pelajar. Tidakkah itu merupakan satu keputusan yang salah?  Ini menunjukkan masih ramai pelajar yang tidak memberikan sokongan dan masih tidak mendapat pendedahan tentang bertapa pentingnya untuk mengundi. Dengan hanya satu undian sebenarnya mampu mengubah segalanya. Mengundi ini bukan sahaja memberikan para calon peluang untuk memimpin tapi ia juga sebagai satu platfom untuk kita untuk memilih cara pembentukkan serta memberikan peluang untuk calon untuk menjalankan segala agenda-agenda yang telah mereka janjikan.  


Okey saje je ika nak kongsi, ini adalah  tatacara pengundian. Nampak macam mudah kan, tetapi bila nak mengundi tuu, nervous tu lain macam. Hanya yang pergi mengundi sahaja yang dapat rasakan aura tersebut. hahaha  macam kita pula yang bertanding kan 😂😂😂😂 hahahhaa  

Okey yang terakhir, saya nak kongsikan sedikit saat-saat saya dan rakan saya untuk mengundi. Pengalaman yang tak ada dijual dimana-mana, kita sahaja yang dapat apabila kita rebut peluang untuk memilikinya. 




Sebelom saya akhiri posting saya kalini, saya ingin tekan kan kepada kesemua pembaca , tidakkah andar sedar bahawa bertapa pentinganya kita untuk mengundi? Seperti yang saya katakan tadi, dengan hanya melalui satu pangkah ❌ anda, akan mengubah segalanya dan mampu mengubah tampuk kepimpinan dan mampu untuk merealisasikan hasrat kita sebagai mahasiswa di kampus jika kita bijak untuk memilih siapakah yang menjadi wakil pelajar kita . Ini adalah hanya peringkat kecil iaitu peringkat universiti dan kita akan menghadapi PRU 15 pada tahun akan datang dan tidakkah anda sedar bahawa dengan undian ada akan mengubah pentadbiran negara ? Bersediakan anda di umur yang muda , kita bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang bakal menerajui pentadbiran negara? Maka inilah platform nya, melalui PRK kampus inilah yang akan memberi inspirasi kepada anda jika anda lakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. 😉

Baiklah, saya rasa sampai disini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Nampak kan saya sungguh bersemnagat bercerita tentang topik saya pada harini . hahahaha . Saya sudah, anda bila lagi?  Hehe, jumpa lagi pada posting yang akan datang okey semuanyaaaa! 

Salam sayang, Salam Mahasiswa Bebas Mengundi 

Tapi jangan lupa, #UNDIADALAHRAHSIA 




Friday 8 November 2019

MINAT 2 : MEMASAK

 Assalamualaikum , Helloooo semuaaaaaaaa 💗

Selamat Datang kepada yang baru menyinggah buat kali pertama di blog saya, dan Selamat Bertemu Kembali kepada yang sentiasa menyokong dan memberikan sokongan terhadap blog yang serba ringkas ini.👀 Diharapkan kesemua para membaca dalam keadaan sihat walafiat. hehe 😊
Kalau-kalau tak sihat tu, jangan lupa pergi klinik okeyyyy ! Hahaha 





Ayuhhh kita terus kan sahaja dengan tajuk saya hari ini iaitu tentang minat saya atau dalam kata lain apa yang saya suka dan gemar. Seperti dalam posting sebelum ini, saya pernah terangkan bahawa minat ialah merupakan sesuatu perkara atau perbuatan yang disukai dan akan dilakukan oleh seseorang dengan kerap kerana itu adalah antara perkara yang boleh menimbulkan perasaan gembira dalam diri seseorang individu itu sendiri. 

Dalam banyak-banyak perkara , KENAPA MEMASAK ?

Ini adalah satu soalan yang sukar untuk dijawab sebenarnya. Hahaha 
Bagi saya yang amat suka memasak ini, ianya adalah sesuatu perasaan suka dan minat yang hadir sendiri dan ianya bermula daripada kecil lagi. Minat memasak ini wujud apabila saya sering menyibuk atau mengacau ibu saya ketika berada didapur semasa beliau sedang memasak. Pada mulanya kehadiran saya didapur amat dimarahi ibu kerana sering menganggu beliau ketika memasak tetapi lama kelamaan ibu sedar dan perasan bahawa saya amat berminat untuk belajar memasak maka secara perlahan-lahan ibu sudah mula untuk memberikan saya peluang untuk membantunya di dapur. Pada  peringkat awal, saya hanya pandai memotong bawang, sayur, sediakan rencah masakan sahaja dan selebihnya akan dilakukan oleh ibu .

*saya sertakan posting kali ini dengan beberapa video masakan saya yang saya pernah ambil sebelum-sebelum ini. 

Menu: Sambal Udang

Minat memasak ini juga menjadi lebih mendalam apabila saya mendapati ayah saya juga adalah seseorang yang pandai dalam masak memasak ini dan beliau merupakan seorang bekas tentera yang mempunyai sijil khas dalam kursus masakan. Kursus masakan (kulinari) yang diambil adalah sebuah kursus untuk ianya menamatkan latihan dalam bidang ketenteraan. 

Maka, sejak saya mengetahui perkara tersebut, saya mula berfikir jika ibu dan ayah boleh masak, kenapa tidak saya? Saya juga ingin menjadi seperti mereka. Walaupun mereka bukan lah tukang masak profesional tetapi mereka merupakan idola dan jaguh memasak di rumah. Mereka merupakan sumber inspirasi saya yang paling utama. 

Menu : Mee Goreng Bujang 

Pejam celik kini usia saya sudah hampir menjejaki 20 tahun dan saya telah pun bermula untuk memasak sendiri tanpa pantauan ayah dan ibu ketika umur saya 11 tahun. Sedih dan sebak sebenarnya kerana saya tidak dapat menuntut ilmu masakan yang mendalam dan banyak dari ibu kerana ibu telah pun kembali ke rahmahtullah sejak saya berusia 11 tahun. Maka, sejak itu saya mula mengalas tugas ibu yang dahulunya memasak untuk kami sekeluarga dengan bantuan ayah. Dengan segala ilmu masakan yang diperolehi oleh ayah, beliau curahkan sepenuhnya kepada saya secara berperingkat . Maka, sudah jadi satu kewajipan untuk saya , apabila saya pulang ke rumah, saya yang akan ambil alih tugas untuk memasak. Ianya mungkin bagi orang lain adalah sesuatu yang berat kerana perlu korbankan masa untuk memasak pada usia yang sangat muda. Tetapi jika difikirkan disudut positif, tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat keluarga tersenyum. Melalui masakan jugalah , saya merasakan perasaan yang sangat gembira apabila keluarga berpuas hati dengan masakan saya. 

Tipulah kalau saya kata saya tidak pernah mengeluh kerana terlalu penat kerana hampir setiap hari saya perlu memasak. Tapi satu kata-kata yang saya pengang sehingga kini, 'Kalau kamu masak tak sedap, orang lain tak akan suruh kamu masak lagi' - itulah kata kata ibu yang saya ingat sehingga kini, yang membawa maksud kalau keluarga harapkan kita maknanya kita adalah orang kuat dan harapan keluarga. Itulah juga adalah kata-kata inspirasi yang menjadikan saya tidak jemu-jemu untuk mempelajari ilmu masakan sehingga kini. 

Menu : Murtabak Maggi (ala kampung je ehehe) 

Saya tidaklah begitu pandai dalam kesemua jenis masakan tetapi saya kebiasaanya akan memasak masakan kampung yang kebiasaanya dimakan oleh masyarakat melayu kita. Antaranya sambal ayam, kari kambing , ikan masak lemak , kurma ayam , rendang danging , asam pedas , sayur goreng , mee goreng dan sebagainya . Jika nak disenaraikan, banyak juga lah hihi 😄

Tetapi semenjak saya mempunyai ahli keluarga baharu iaitu ibu tiri saya, sejak itu tugas memasak di ambil alih olehnya tetapi saya juga akan meluangkan masa untuk membantunya dan kadangkala jika ayah meminta saya untuk masak, jadi saya yang akan memasak dan memberi peluang kepada ibu tiri saya untuk berehat. 

Menu : Masak Lemak Ayam 

Minat memasak ini sangat lah besar dalam diri saya sehinggakan saya menjadikan ia sebagai cita-cita kedua saya iaitu ingin menjadi tukang masak profesional. Saya juga mempunyai hasrat untuk mengambil kursus masakan sebagai sijil tambahan saya selain daripada segulung sijil ijazah yang saya akan terima suatu hari nanti ,InsyaAllah. Saya juga pernah bercita cita untuk membuka sebuah kedai makanan yang besar daan terkenal di Malaysia dengan mengusahakan kedai makan yang berasakan masakan tradisi dan kampung pembagai negeri. Tidak salah jika saya berangan kan? Kerana saya tahu ianya merupakan satu platform permulaan untuk saya menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang yang saya akan usaha kan suatu hari nanti. 

Menu : Sambal Ikan Siakap

Ilmu masakan ini sangat luas, jika kita tak ambil inisiatif untuk ceburi , sangat lah rugi. Bagi saya, sebagai kaum wanita terutamanya, kita perlulah ada ilmu masakan walaupun sedikit supaya tidaklah kita bergantung pada orang lain suatu hari nanti. Memasak juga merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan dalam kehidupan kerana jika kita pandai masak, orang pasti akan senang dan suka. Masakan ini bukanlah mampu untuk memberi rasa kenyang kepada kita dan semua orang tetapi ianya juga mampu memikat hati orang jika kena pada tempatnya . 

Menu : Rendang Ayam 

Perkara yang menjadi kebiasaan yang sering akan diperkatakan oleh mak-mak diluar sana terutamanya orang melayu ialah ' Kena pandai masak, barulah bakal mak mertua sayang'. Hahaha
Kita ambil ianya dari sudut positif, sudah semestinya  seorang ibu akan senang dengan kita jika kita pandai masak dan pandai jaga keluarga kerana ianya adalah asas kebahagiaan dalam rumah tangga, bukan kah itu yang diamalkan sejak turun temurun lagi? Niat bukanlah untuk bercerita tentang itu tetapi saya ingin menyatakan bahawa memasak ini bagi saya bukan lah sesuatu yang mudah tetapi jika dipelajari dari awal, ia akan memberikan impak positif yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Kadangkala kita tidak sedar dengan adanya kemahiran memasak ini, banyak perkara yang kita boleh elakkan seperti makan diluar, makan makanan 'fastfood' , ianya adalah amat tidak sihat. Seperti sedia maklum, amalan hidup sihat adalah bermula dari pemakanan dari rumah.

Saya jadikan minat dan ilmu memasak ini sebagai sesuatu kelebihan dalam diri saya kerana ianya amatlah membantu saya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik tanpa mengharap dengan orang lain. Saya juga amat bersyukur kerana saya mempunyai ibu dan ayah yang mengajar saya untuk memasak dari kecil dan ianya mengajar saya untuk hidup berdikari . Jika kita hargai apa yang kita miliki, insyaAllah segala urusan dipermudahkan . Memasak ini skopnya amat luas, daripada mula ingin memasak, cara penyediaan rencah, cara membersihkan ikan/danging/ayam , cara mengolah masakan itu, cara memasak , cara memastikan ianya mempunyai rasa yang sedap , cara untuk menyediakannya ke meja makan mampu menunjukan anda adalah seseorang yang bagaimana. Jika elok cara masaknya dengan penuh ikhlas dan kasih sayang makn sedaplah masakan itu. Tetapi jika sambil lewa cara memasaknya, maka biasa-biasa sahaja lah masakan itu.

Saya yakin dan pasti bahawa kesemua orang di dunia ini boleh mempunyai minat dan kebolehan ini . Apa yang membezakan kita cumalah inisiatif dan usaha untuk capai sesuatu itu . Isu soal tak pandai masak itu bukanlah menjadi isu besar kerana selagi ada peluang bernafas di muka bumi ini, maka selagi itulah kita masih boleh belajar dan perbaiki apa yang kurang. 

Alhamdulillah, selesai satu perkongsian tentang minat saya yang tak seberapa ini. Saya berharap ianya dapat memberikan sedikit motivasi dalam diri kesemua para pembaca. Terima Kasih kerana sentiasa setia membaca blog ini tanpa jemu. InsyaAllah , banyak lagi yang akan dikongsikan pada posting-posting yang akan datang. 

Terima kasih, Salam sayang dari saya 💝

Jumpa lagi, bye! 😘

Wednesday 6 November 2019

KELAS FOTOGRAFI

Assalammualaikum , hollaaaaaaa 💝

Sebelum apa-apa, senyum duluuuu okey. Senyum itu adalah sedekah dan ianya mampu memberikan kebahagian kepada orang sekeliling tanpa kita sedar. Jadi apa lah salahnya kita sedekahkan senyuman yang paling manis untuk semua okeyyy. Positif dan senyum selalu 😊




Seperti kebiasaannya, saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua para-para pembaca yang tak jemu-jemu membaca perkongsian saya sama ada yang terbaharu ini ataupun yang sebelum-sebelum ini. Secara jujurnya, saya amat menghargai sokongan daripada kesemua pembaca dan orang sekeliling saya yang tak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan yang padu supaya saya terus melakukan dan 'posting' yang baharu bagi berkongsi sedikit pengalaman atau pun jalan cerita hidup saya ini. Kehidupan yang biasa, tetapi jika kita sentiasa bersyukur dan mengahrgai apa jua yang kita miliki, sudah pasti kita akan rasa kita mempunyai kehidupan yang luar biasa dan indah. 

Tidak ada niat atau tujuan yang lain selain memberikan perkongsian supaya dapat menyuntik semangat dan memberi inpirasi kepada pembaca semua agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik walaupun kita berada dalam apa jua keadaan. Jika kita berada dalam sesuatu keadaan yang sukar, jadikanlah ia satu platform kebangkitan supaya kita berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Okey macam dah melalut jauh, hahaha 😆 

Pertama sekali saya ingin menerangkan tentang tajuk saya harini. Seperti posting-posting saya yang sebelum ini, saya banyak menceritakan tentang kehidupan saya sebagai mahasiswa di UKM, minat dan sebagainya. Tetapi pada kali ini saya akan berkongsi tentang salah satu kelas yang dihadiri oleh saya sepanjang sem 1 saya di UKM. Kalini saya memilih untuk berkongsi tentang kelas citra saya  iaitu Kelas Fotografi.

 Mesti tertanya-tanya kepada kelas fotografi sedangkan saya adalah pelajar Pentadbiran Perniagaan 💭? Ya, pada mulanya saya juga tidak berminat dan tidak pernah terfikir sama sekali untuk mengambil kelas fotografi sebagai citra, tetapi bila saya meminta pendapat daripada rakan-rakan, mereka berjaya membuka mata saya tentang ilmu fotografi tidak semua orang ada, maka ini adalah langkah permulaan yang paling baik untuk saya menambahkan ilmu tentang fotografi. Selain itu, saya juga berfikir bahawa tidaklah mustahil untuk seseorang mempelajari subjek atau kemahiran yang luar atau berbeza daripada skop pelajarannya kerana kemahiran yang berbeza-beza mampu membantu dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh yang paling jelas, dunia pada masa kini yang serba moden dan berteknologi tinggi menggunakan medium media massa ataupun media sosial sebagai satu perantaraan industri penjualan yang amat besar terutamanya industri import dan eksport barangan dari dalam dan luar negara. Dengan adanya ilmu sampingan iaitu fotografi, bagi saya ianya mampu untuk membantu saya sebagai anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti dan ianya  membantu pelajar perniagaan seperti saya untuk melakukan pelbagai stratergi 'marketing' dalam perniagaan dan menjadikan fotografi sebagai asas medium penyebaran tentang produk atau perkhidmatan dengan cara yang lebih  menarik melalui teknik-teknik fotografi yang dipelajari. 



Kelas Fotografi merupakan kelas tambahan yang dipilih oleh saya sebagai Citra iaitu kelas atau program tambahan untuk saya menambah kredit pelajaran saya. Kelas fotografi yang saya sertai ini bertempat di Fakulti Pendidikan dan diajar oleh empat pensyarah yang berlainan di antaranya ialah Mejar Jasmy Bin Abd. Rahman dan merupakan salah seorang pensyarah kegemaran saya. 😎 Pada awalnya saya amat gembira dan teruja untuk menghadiri kelas fotografi ini kerana ianya bertempat di fakulti pendidikan yang mungkin jika saya tidak ambil kursus ini, saya barangkali tidak akan menjejakinya walaupun sekali. Jejak sahaja kaki di fakulti pendidikan, perasaan umpama seorang pendidik itu mula terasai dalam diri kerana saya dikelilingi oleh bakal-bakal pendidik pada masa hadapan.

Okey kita teruskan dengan tajuk kita, iaitu kelas fotografi saya. Fotografi amat berkait rapat dengan kehidupan sekeliling terutamanya manusia seperti saya yang amat gemar untuk mengambil gambar-gambar yang menarik apabila mempunyai masa lapang. 

Apa itu Fotografi ? 
Fotografi adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu 'photo' yang bermaksud cahaya dan 'graphien' yang bermaksud melukis . Maka fotografi merupakan suatu bidang ilmu yang menghasilkan lukisan dengan bantuan cahaya. 

Sebuah foto tidak akan terhasil jika tiada sebuah camera. maka, Apa itu Kamera?
Kamera merupakan sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk  mengawal cahaya dan mempunyai kanta di hadapan yang mengandungi satu bukaan (apetur) diantaranya serta bahan sensitif seperti filem yang mempunyai pengatup (shutter) dihadapannya . 


untuk harini, saya nak kongsikan apa yang saya pelajari pada kelas saya baru-baru ini iaitu tentang Arah Pencahayaan bagi sesebuah foto yang terhasil. Terdapat 5 arah pencahayaan yang terdapat dalam penghasilan sesebuah gambar iaitu Cahaya Depan (Front Light) , Cahaya Samping ( Side Light) , Cahaya Atas ( Top Light) , Cahaya Bawah ( Bottom Light) , dan Cahaya Belakang ( Back Light) . Kesemua lima-lima arah cahaya ini merupakan arah cahaya yang digunakan untuk menghasilkan gambar pelabagai situasi. 

Sebagai contoh, disini saya sertakan berberapa gambar yang melibatkan pelbagai arah pencahayaan.



Arah pencahayaan ini penting dalam seni fotografi kerana ianya adalah asas utama untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik mengikut keinginan dan kesesuaian. Kita perlu tahu bahawa kesemua gambar tidaklah mempunyai arah pencahayaan yang sama dan arah pencahayaan yang berbeza ini lah yang menyebabkan hasil sesutau gambar adalah berbeza walaupun menggunakan model atau pemandangan yang sama. Ianya juga memberikan jalan cerita atau gambaran yang berbeza untuk setiap gambar yang terhasil.

Di dalam kelas, kami diberi beberapa situasi atau ciri-ciri gambar yang kami ingin ambil dan mengaplikasikan kesemua jenis arah pencahayaan didalam situasi tersebut. Antaranya , terdapat satu teknik pengambilan gambar yang dinamakan teknik 'Butterfly' iaitu pengambilan gambar dengan menggunakan cahaya atas ( top light ) bagi menghasilkan bayangan di bawah hidung yang berbentuk seakan-akan butterfly. Teknik ini adalah kebiasaannya digunakan untuk mengambil gambar model-model bagi menghiasi laman laman majalah dan iklan untuk memasarkan sesutu produk. Teknik ini juga sering digunakan pada model atau objek yang berwajah tirus ( thin face) .



Seperti yang ditunjukkan seperti gambar diatas, ini adalah gambar yang akan terhasil daripada teknik butterfly. Teknik ini tidaklah mengadaptasikan kesemua jenis arah cahaya tetapi ianya mengutamakan cahaya daripada atas ( seperti posisi matahari pada jam 12 tengahari dengan posisi 0 darjah ke arah bawah bila menggunakan cahaya buatan atau flash) supaya mampu mengahasilkan bayangan butterfly tersebut (bayangan di bawah hidung). Bagi memberikan kefahaman yang lebih tentang cara atau teknik butterfly ini, saya sertakan contoh atau cara yang digunakan apabila sesebuah 'photoshoot' yang ingin menghasilkan teknik ini.


Di dalam kelas, pada mulannya kami akan diberikan penerangan tentang teori arah-arah pencahayaan dengan lebih mendalam oleh pensyarah. Pensyarah juga akan memberikan penerangan melalui slide-slide yang telah disediakan olehnya sebelum kelas dimulakan supaya dapat memberikan pemahaman yang lebih kepada kami semua. Slide-slide yang disediakan merupakan medium pembelajaran kami sepanjang di dalam kelas. Selain itu, pensyarah juga memberikan banyak contoh-contoh yang menarik dalam bentuk gambar supaya kami lebih memahami kemsemua arah pencahayaan yang kami pelajari. Secara maklum, sememangnya fotografi sangat berkait rapat dan berasakan gambar, maka tidak lengkap lah sesuatu pembelajaran kami jika tidak disertakan dengan contoh seperti gambar. 


Selain daripada penerangan dalam bentuk gambar dan slideshow, kami juga mengadakan sedikit aktiviti ketika di dalam kelas. Aktiviti yang dijalankan adalah salah satu teknik pembelajaran ketika berada di dalam kelas fotografi. Aktivi ini dijalankan oleh  oleh sebilangan pelajar yang dipilih oleh pensyarah secara rawak. Aktiviti tersebut adalah bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang arah pencahayaaan untuk pelbagai jenis teknik fotografi. 


                                


Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan di dalam kelas fotografi ini, ianya amat membantu kami sebagai pelajar bagi memahami kesemua yang diajar dengan lebih jelas dan telus  kerana tidak kesemua manusia mampu memahami secara terus tanpa memerlukan penerangan yang mendalam tentang sesuatu apa yang dipelajari. Aktiviti seperti ini adalah mampu untuk mewujudkan perasaan seronok  untuk mendalami sesuatu ilmu tanpa merasa mudah bosan. 

Kelas Fotogafi bukan sahaja mampu memberikan saya pelbagai ilmu tentang fotografi yang saya tidak tahu sebelum ini dan mungkin jika saya tidak memasuki kelas seperti ini, saya berkemungkinan tidak akan mendapat tahu tentang apa-apa tentang ilmu fotografi. Seni fotografi amatlah penting untuk seseorang supaya dapat meningkatkan cara dan skill untuk mengambil gambar supaya hasil daripada pengambilan gambar akan lebih bermakna dan penuh dengan cerita . Keseronokkan tentang hasil dari gambar yang dihasilkan ibarat mendapat sepotong aiskrim kerana perasaan seronok yang wujud setelah mendapatkan hasilnya. 

Alhamdulillah, selesai satu tujuan saya pada hari ini iaitu sedikit perkongsian tentang kelas fotografi saya. Diharapkan ianya dapat memberikan pendedahan bahawa seni fotografi juga penting untuk orang-orang yang minat untuk mengambil gambar walaupun hanya untuk suka-suka. 

Okey, itu sahaja sedikit perkongsian saya tentang Kelas Fotografi Citra saya pada kali ini. 

Ilmu itu luas, janganlah kita terhadkan apa yang kita perlu pelajari tetapi belajarlah dari semua perkara yang berlaku disekeliling kita. 

InsyaAllah akan lebih banyak yang akan dikongsikan pada masa akan datang, 

Bye Assalamualaikum!😘