Monday, 30 September 2019

MINAT




Assalamualaikum, hai semua! 💓

Bertemu kembali kita di blog kegemaran anda semua, hihi. 😉

Okey sebagai pembuka kata, saya ingin menyampaikan sedikit puisi(pantun) yang ada kena mengena dengan topik yang akan diceritakan oleh saya harini. Pantunnya berbunyi begini ......

Jalan jalan dengan Pak Ahmat,
Singgah sebentar di pasaraya K-Mart,
Hidup kita perlu ada matlamat,
Tapi semuanya semestinya bermula dari MINAT.

Hahaha okey macam tak kena kan? Tapi inilah topik yang akan saya cakap pada hari ini. Setiap orang pasti mempunyai minat yang tersendiri sama ada minat yang mendalam terhadap sesuatu atau minat yang ala kadar sahaja. Minat boleh diadaptasikan dalam pelbagai bentuk mengikut keinginan dan kemahuan seseorang terhadap minat mereka terhadap sesuatu perkara.

Minat merupakan perhatian yang mengandungi unsur-unsur perasaan. Minat merupakan dorongan atau keinginan dalam diri seseorang pada objek tertentu. Contohnya, minat terhadap sukan, kesenian atau hobighobi tertentu. Setiap orang memiliki minat yang berbeza-beza dengan minat orang lain. Minat berkaitan rapat untuk memotivasi seseorang, sesuatu yang dipelajari. Minat juga boleh berubah-ubah mengikut pada keperluan, pengalaman, dan mode yang sedang trend. Minat juga merupakan sikap positif atau kecenderungan melakukan atau menyukai sesuatu secara berulang dan menyeluruh.

Okey secara lazimnya semua orang mempunyai minat yang tersendiri dan harini saya nak ceritakan tentang minat saya terhadap SENI. Bukan seni lukis, tetapi seni yang berunsurkan bunyi-bunyian. Dengan erti kata yang mudah , minat saya terhadap MUZIK. Sejak dari sekolah rendah lagi, saya mulai menyedari yang saya amat cenderung terhadap muzik-muzik tidak kesah apa jua GENDRE nya, ianya juga mengikut peredaran masa atau TREND, senang cerita saya dengar semua jenis lagu.

saya, dengan mendengar muzik atau lagu ini dapat memberikan saya ketenangan dan ianya juga salah satu cara saya untuk mengurangkan tekanan dalam sesuatu perkara terutamanya dalam pelajaran. MUZIK membantu saya dalam memberikan MOOD yang berlainan apabila saya ingin melakukan sesuatu terutamanya untuk membuat tugasan ataupun ketika belajar.

Terdapat berjuta jenis lagu dari pelbagai bahasa yang terdapat di dunia ini dan ianya mampu memberikan berjuta pengaruh kepada emosi  seseorang mengikut jenis lagu yang didengar. Saya sebagai seorang penggemar kepada MUZIK, saya sering memastikan yang hidup saya akan diserikan dengan pelbagai jenis lagu mengikut MOOD saya pada waktu itu. Saya juga sering menjadikan lagu sebagai inspirasi kepada saya sebelom saya melakukan apa-apa tugasan sebagai perangsang kepada tercetusnya sesuatu idea. Terutamanya apabila melakukan tugas seperti assignment . Lain orang lain minat nya, dan lain orang lain citarasanya. Untuk orang seperti saya, saya amat meminati lagu yang berunsurkan maksud yang mendalam yang berkait rapat dengan kehidupan saya, tidak kira lagu inggeris ataupun lagu melayu.

Okey ini lagu pertama yang saya nak share ,



Saya amat meminati lagu yang tenang tetapi mempunyai maksud-maksud tersirat yang mendalam yang mungkin para pendengar tidak memahami maksud disebalik lagu tersebut. Saya menyukai lagu seperti ini kerana ia berkait rapat dengan perasaan dan emosi manusia yang kadangkala tidak dapat diungkap dengan kata-kata tetapi diadaptasi dlam bentuk puisi. Itu merupakan salah satu sebab kenapa saya amat menyukai lagu seperti ini.


Selain itu, saya juga meminati lagu-lagu inggeris, dan antara lagu kegemaran saya ialah ' listen before i go' 😘





saya juga meminati koleksi lagu lagu daripada penyanyi kegemaran saya iaitu ARIANA GRENDE. Dia merupaka seorang penyanyi yang mampu mengeksprestasikan segala perasaan dan apa yang berlaku dalam hidupnya kepada sebuah karya lagu dan hampir kesemua lagu-lagunya popular dan menjadi kegilaan anak muda termasuk saya sendiri. Setiap lagunya memberikan makna yang mendalam dan sangat berkait rapat dengan kehidupannya sendiri . Gendre muzik yang menarik yang berjaya diketengahkan olehnya juga memainkan peranan penting dalam kejayaan karyanya. Pendek kata, saya amat meminati karya dan lagu-lagunya. 

Antara lagu Ariana Grende yang saya amat minat , 



 Minat merupakan sesuatu yang tidak asing bagi seseorang individu, dan harini saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang minat saya terhadap hasil karya lagu daripada artis Malaysia mahupun Luar negara. Saya yakin, minat seseorang merupakan titik permulaan kepada bermulanya suatu karya atau kejayaan yang baik tidak kisah dalam apa jua bidang yang diceburi. Kerana, setiap yang dimulakan atau diusahakan pastinya perlu mempunyai minat barulah ianya akan diteruskan sehingga ke akhir tanpa sebarang masalah. 

Alhamdulillah sampai disini saja perkongsian  cerita saya tentang minat saya terhadap muzik,saya akan kongsikan minat saya terhadap perkara lain pada lain masa. Terima Kasih semua!









Friday, 20 September 2019

Minggu Mesra Mahasiswa UKM

Assalammualaikum, 

Hai semua! 

Sebagai permulaan, saya memperkenalkan diri dulu okeyy. Saya merupakan seorang pelajar lepasan matrikulasi yang baharu sahaja melanjutkan pelajaran pada 2/9/2019baru-baru ini  di sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Saya merupakan pelajar Tahun 1 bagi jurusan Pengurusan Perniagaan di fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Okey itu serba sikit tentang saya,dan sekarang kita teruskan dengan objektif saya seterusnya.

okeyy, untuk hari ini , pada waktu ini dan disaat ini saya akan mulakan dengan penceritaan tentang pengalaman saya pada beberapa minggu lepas semasa melalui MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM) di Universiti Kebangsaan Malaysia , atau lebih ringkas orang melayu panggil Orentasi . Kebiasaannya kalau bercerita atau bercakap tentang minggu orentasi,mesti ramai yang kata bosan , tak best dan sebagainya. TETAPI ,untuk pertama kalinya saya melalui pengalaman minggu orentasi yang sangat menyeronokkan! 

Terlalu banyak pengalaman menyeronokkan sepanjang MMM berlangsung dan saya nak kongsikan pengalaman paling menyeronokkan iaitu semasa malam terakhir  MMM. Saya telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hari Kemerdekaan yang di pertandingkan oleh beberapa kumpulan. Dan saya merupakan ahli kelab Merah . Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai apatah lagi untuk bertanding walaupun hanya suka-suka. Tetapi demi menyahut cabaran rakan-rakan, saya turut serta dalam pertandingn tersebut sebangai penyanyi yang akan menyanyikan lagu kemerdekaan dan saya turut berduet bersama rakan sekelas saya di matrikulasi untuk bersama sama menyanyikan lagu malah beberapa rakan yang lain menari dan membuat sketsa kemerdekaan sebelum nyanyian dimulakan. 

Secara jujurnya saya amat gementar kerana saya tidak pernah berhadapan dengan orang yang ramai dihadapan dan saya perlu menyanyi. Ianya terlalu berbeza dari kebiasaan. Tetapi ia merupakan pengalaman yang amat bernilai dan menyeronokkan. Saya juga mnganggap ianya sebagai satu platfomrm untuk saya beranikan diri berhadapan dengan orang ramai . Ia sangat membantu saya supaya mengatasi rasa malu saya apabila berhadapan dengan orang ramai. Saya juga mengenali ramai kawan -kawan sepanjang MMM tersebut dan dengan menyertai pertandingan ini, ianya berjaya merapatkan hubungan kami antara rakan sekumpuln kerana sama-sama mencurahkan idea dan memberikan pendapat tentang apa yang perlu dilakukan. 

Pada malam tersebut, saya bersama rakan saya iaitu Azhar merupakan peserta yang pertama bagi memulakan pertandingan kemerdekaan itu. Kami sangat gementar. Tetapi berkt dorongan rakan-rakan kumpulan, kami kuatkan semangat dan teruskan misi kami bagi menghiburkan rakan-rakan dan para VIP yang hadir pada malam tersebut. 








Alhamdulillah, selepas selesai sahaja persembahan kami, saya dan rakan-rakan dah boleh menarik nafas lega. hihi. Saya sangat seronok kerana sepanjang minggu MMM telah mengajar saya terlalu banyak perkara. Saya sangat bersyukur terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Kolej Keris Mas,UKM. Kesemua Pemudah cara yang menjalankan MMM terlalu ohsem. Mereka sanggup berpanas, berlapar demi kebajikan kami semua pelajar prasiswazah. 

setakat ini sahaja cerita ringkas tentang pengalaman saya , terima kasih kerana sudi membaca!