Wednesday, 6 November 2019

KELAS FOTOGRAFI

Assalammualaikum , hollaaaaaaa 💝

Sebelum apa-apa, senyum duluuuu okey. Senyum itu adalah sedekah dan ianya mampu memberikan kebahagian kepada orang sekeliling tanpa kita sedar. Jadi apa lah salahnya kita sedekahkan senyuman yang paling manis untuk semua okeyyy. Positif dan senyum selalu 😊




Seperti kebiasaannya, saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua para-para pembaca yang tak jemu-jemu membaca perkongsian saya sama ada yang terbaharu ini ataupun yang sebelum-sebelum ini. Secara jujurnya, saya amat menghargai sokongan daripada kesemua pembaca dan orang sekeliling saya yang tak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan yang padu supaya saya terus melakukan dan 'posting' yang baharu bagi berkongsi sedikit pengalaman atau pun jalan cerita hidup saya ini. Kehidupan yang biasa, tetapi jika kita sentiasa bersyukur dan mengahrgai apa jua yang kita miliki, sudah pasti kita akan rasa kita mempunyai kehidupan yang luar biasa dan indah. 

Tidak ada niat atau tujuan yang lain selain memberikan perkongsian supaya dapat menyuntik semangat dan memberi inpirasi kepada pembaca semua agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik walaupun kita berada dalam apa jua keadaan. Jika kita berada dalam sesuatu keadaan yang sukar, jadikanlah ia satu platform kebangkitan supaya kita berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Okey macam dah melalut jauh, hahaha 😆 

Pertama sekali saya ingin menerangkan tentang tajuk saya harini. Seperti posting-posting saya yang sebelum ini, saya banyak menceritakan tentang kehidupan saya sebagai mahasiswa di UKM, minat dan sebagainya. Tetapi pada kali ini saya akan berkongsi tentang salah satu kelas yang dihadiri oleh saya sepanjang sem 1 saya di UKM. Kalini saya memilih untuk berkongsi tentang kelas citra saya  iaitu Kelas Fotografi.

 Mesti tertanya-tanya kepada kelas fotografi sedangkan saya adalah pelajar Pentadbiran Perniagaan 💭? Ya, pada mulanya saya juga tidak berminat dan tidak pernah terfikir sama sekali untuk mengambil kelas fotografi sebagai citra, tetapi bila saya meminta pendapat daripada rakan-rakan, mereka berjaya membuka mata saya tentang ilmu fotografi tidak semua orang ada, maka ini adalah langkah permulaan yang paling baik untuk saya menambahkan ilmu tentang fotografi. Selain itu, saya juga berfikir bahawa tidaklah mustahil untuk seseorang mempelajari subjek atau kemahiran yang luar atau berbeza daripada skop pelajarannya kerana kemahiran yang berbeza-beza mampu membantu dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh yang paling jelas, dunia pada masa kini yang serba moden dan berteknologi tinggi menggunakan medium media massa ataupun media sosial sebagai satu perantaraan industri penjualan yang amat besar terutamanya industri import dan eksport barangan dari dalam dan luar negara. Dengan adanya ilmu sampingan iaitu fotografi, bagi saya ianya mampu untuk membantu saya sebagai anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti dan ianya  membantu pelajar perniagaan seperti saya untuk melakukan pelbagai stratergi 'marketing' dalam perniagaan dan menjadikan fotografi sebagai asas medium penyebaran tentang produk atau perkhidmatan dengan cara yang lebih  menarik melalui teknik-teknik fotografi yang dipelajari. 



Kelas Fotografi merupakan kelas tambahan yang dipilih oleh saya sebagai Citra iaitu kelas atau program tambahan untuk saya menambah kredit pelajaran saya. Kelas fotografi yang saya sertai ini bertempat di Fakulti Pendidikan dan diajar oleh empat pensyarah yang berlainan di antaranya ialah Mejar Jasmy Bin Abd. Rahman dan merupakan salah seorang pensyarah kegemaran saya. 😎 Pada awalnya saya amat gembira dan teruja untuk menghadiri kelas fotografi ini kerana ianya bertempat di fakulti pendidikan yang mungkin jika saya tidak ambil kursus ini, saya barangkali tidak akan menjejakinya walaupun sekali. Jejak sahaja kaki di fakulti pendidikan, perasaan umpama seorang pendidik itu mula terasai dalam diri kerana saya dikelilingi oleh bakal-bakal pendidik pada masa hadapan.

Okey kita teruskan dengan tajuk kita, iaitu kelas fotografi saya. Fotografi amat berkait rapat dengan kehidupan sekeliling terutamanya manusia seperti saya yang amat gemar untuk mengambil gambar-gambar yang menarik apabila mempunyai masa lapang. 

Apa itu Fotografi ? 
Fotografi adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu 'photo' yang bermaksud cahaya dan 'graphien' yang bermaksud melukis . Maka fotografi merupakan suatu bidang ilmu yang menghasilkan lukisan dengan bantuan cahaya. 

Sebuah foto tidak akan terhasil jika tiada sebuah camera. maka, Apa itu Kamera?
Kamera merupakan sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk  mengawal cahaya dan mempunyai kanta di hadapan yang mengandungi satu bukaan (apetur) diantaranya serta bahan sensitif seperti filem yang mempunyai pengatup (shutter) dihadapannya . 


untuk harini, saya nak kongsikan apa yang saya pelajari pada kelas saya baru-baru ini iaitu tentang Arah Pencahayaan bagi sesebuah foto yang terhasil. Terdapat 5 arah pencahayaan yang terdapat dalam penghasilan sesebuah gambar iaitu Cahaya Depan (Front Light) , Cahaya Samping ( Side Light) , Cahaya Atas ( Top Light) , Cahaya Bawah ( Bottom Light) , dan Cahaya Belakang ( Back Light) . Kesemua lima-lima arah cahaya ini merupakan arah cahaya yang digunakan untuk menghasilkan gambar pelabagai situasi. 

Sebagai contoh, disini saya sertakan berberapa gambar yang melibatkan pelbagai arah pencahayaan.



Arah pencahayaan ini penting dalam seni fotografi kerana ianya adalah asas utama untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik mengikut keinginan dan kesesuaian. Kita perlu tahu bahawa kesemua gambar tidaklah mempunyai arah pencahayaan yang sama dan arah pencahayaan yang berbeza ini lah yang menyebabkan hasil sesutau gambar adalah berbeza walaupun menggunakan model atau pemandangan yang sama. Ianya juga memberikan jalan cerita atau gambaran yang berbeza untuk setiap gambar yang terhasil.

Di dalam kelas, kami diberi beberapa situasi atau ciri-ciri gambar yang kami ingin ambil dan mengaplikasikan kesemua jenis arah pencahayaan didalam situasi tersebut. Antaranya , terdapat satu teknik pengambilan gambar yang dinamakan teknik 'Butterfly' iaitu pengambilan gambar dengan menggunakan cahaya atas ( top light ) bagi menghasilkan bayangan di bawah hidung yang berbentuk seakan-akan butterfly. Teknik ini adalah kebiasaannya digunakan untuk mengambil gambar model-model bagi menghiasi laman laman majalah dan iklan untuk memasarkan sesutu produk. Teknik ini juga sering digunakan pada model atau objek yang berwajah tirus ( thin face) .



Seperti yang ditunjukkan seperti gambar diatas, ini adalah gambar yang akan terhasil daripada teknik butterfly. Teknik ini tidaklah mengadaptasikan kesemua jenis arah cahaya tetapi ianya mengutamakan cahaya daripada atas ( seperti posisi matahari pada jam 12 tengahari dengan posisi 0 darjah ke arah bawah bila menggunakan cahaya buatan atau flash) supaya mampu mengahasilkan bayangan butterfly tersebut (bayangan di bawah hidung). Bagi memberikan kefahaman yang lebih tentang cara atau teknik butterfly ini, saya sertakan contoh atau cara yang digunakan apabila sesebuah 'photoshoot' yang ingin menghasilkan teknik ini.


Di dalam kelas, pada mulannya kami akan diberikan penerangan tentang teori arah-arah pencahayaan dengan lebih mendalam oleh pensyarah. Pensyarah juga akan memberikan penerangan melalui slide-slide yang telah disediakan olehnya sebelum kelas dimulakan supaya dapat memberikan pemahaman yang lebih kepada kami semua. Slide-slide yang disediakan merupakan medium pembelajaran kami sepanjang di dalam kelas. Selain itu, pensyarah juga memberikan banyak contoh-contoh yang menarik dalam bentuk gambar supaya kami lebih memahami kemsemua arah pencahayaan yang kami pelajari. Secara maklum, sememangnya fotografi sangat berkait rapat dan berasakan gambar, maka tidak lengkap lah sesuatu pembelajaran kami jika tidak disertakan dengan contoh seperti gambar. 


Selain daripada penerangan dalam bentuk gambar dan slideshow, kami juga mengadakan sedikit aktiviti ketika di dalam kelas. Aktiviti yang dijalankan adalah salah satu teknik pembelajaran ketika berada di dalam kelas fotografi. Aktivi ini dijalankan oleh  oleh sebilangan pelajar yang dipilih oleh pensyarah secara rawak. Aktiviti tersebut adalah bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang arah pencahayaaan untuk pelbagai jenis teknik fotografi. 


                                


Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan di dalam kelas fotografi ini, ianya amat membantu kami sebagai pelajar bagi memahami kesemua yang diajar dengan lebih jelas dan telus  kerana tidak kesemua manusia mampu memahami secara terus tanpa memerlukan penerangan yang mendalam tentang sesuatu apa yang dipelajari. Aktiviti seperti ini adalah mampu untuk mewujudkan perasaan seronok  untuk mendalami sesuatu ilmu tanpa merasa mudah bosan. 

Kelas Fotogafi bukan sahaja mampu memberikan saya pelbagai ilmu tentang fotografi yang saya tidak tahu sebelum ini dan mungkin jika saya tidak memasuki kelas seperti ini, saya berkemungkinan tidak akan mendapat tahu tentang apa-apa tentang ilmu fotografi. Seni fotografi amatlah penting untuk seseorang supaya dapat meningkatkan cara dan skill untuk mengambil gambar supaya hasil daripada pengambilan gambar akan lebih bermakna dan penuh dengan cerita . Keseronokkan tentang hasil dari gambar yang dihasilkan ibarat mendapat sepotong aiskrim kerana perasaan seronok yang wujud setelah mendapatkan hasilnya. 

Alhamdulillah, selesai satu tujuan saya pada hari ini iaitu sedikit perkongsian tentang kelas fotografi saya. Diharapkan ianya dapat memberikan pendedahan bahawa seni fotografi juga penting untuk orang-orang yang minat untuk mengambil gambar walaupun hanya untuk suka-suka. 

Okey, itu sahaja sedikit perkongsian saya tentang Kelas Fotografi Citra saya pada kali ini. 

Ilmu itu luas, janganlah kita terhadkan apa yang kita perlu pelajari tetapi belajarlah dari semua perkara yang berlaku disekeliling kita. 

InsyaAllah akan lebih banyak yang akan dikongsikan pada masa akan datang, 

Bye Assalamualaikum!😘











1 comment:

  1. Salam Ika,
    Good job. Keep learning this kind of new things and have fun at the same time :D
    Good job and keep it up!

    ReplyDelete