Assalamualaikum, hai semua! 💓
Bertemu kembali kita di blog kegemaran anda semua, hihi. 😉
Okey sebagai pembuka kata, saya ingin menyampaikan sedikit
puisi(pantun) yang ada kena mengena dengan topik yang akan diceritakan oleh
saya harini. Pantunnya berbunyi begini ......
Jalan jalan dengan Pak Ahmat,
Singgah sebentar di pasaraya K-Mart,
Hidup kita perlu ada matlamat,
Tapi semuanya semestinya bermula dari MINAT.
Hahaha okey macam tak kena kan? Tapi inilah topik yang akan
saya cakap pada hari ini. Setiap orang pasti mempunyai minat yang tersendiri
sama ada minat yang mendalam terhadap sesuatu atau minat yang ala kadar sahaja.
Minat boleh diadaptasikan dalam pelbagai bentuk mengikut keinginan dan kemahuan
seseorang terhadap minat mereka terhadap sesuatu perkara.
Minat merupakan perhatian yang mengandungi unsur-unsur
perasaan. Minat merupakan dorongan atau keinginan dalam diri seseorang pada
objek tertentu. Contohnya, minat terhadap sukan, kesenian atau hobighobi tertentu. Setiap orang memiliki minat yang
berbeza-beza dengan minat orang lain. Minat berkaitan rapat untuk memotivasi
seseorang, sesuatu yang dipelajari. Minat juga boleh berubah-ubah mengikut pada keperluan, pengalaman, dan mode yang sedang trend. Minat juga merupakan
sikap positif atau kecenderungan melakukan atau menyukai sesuatu secara
berulang dan menyeluruh.
Okey secara lazimnya semua orang mempunyai minat yang
tersendiri dan harini saya nak ceritakan tentang minat saya terhadap SENI.
Bukan seni lukis, tetapi seni yang berunsurkan bunyi-bunyian. Dengan erti kata
yang mudah , minat saya terhadap MUZIK. Sejak dari sekolah rendah lagi, saya
mulai menyedari yang saya amat cenderung terhadap muzik-muzik tidak kesah apa
jua GENDRE nya, ianya juga mengikut peredaran masa atau TREND, senang cerita
saya dengar semua jenis lagu.
saya, dengan mendengar muzik atau lagu ini dapat memberikan
saya ketenangan dan ianya juga salah satu cara saya untuk mengurangkan tekanan
dalam sesuatu perkara terutamanya dalam pelajaran. MUZIK membantu saya dalam
memberikan MOOD yang berlainan apabila saya ingin melakukan sesuatu terutamanya
untuk membuat tugasan ataupun ketika belajar.
Terdapat berjuta jenis lagu dari pelbagai bahasa yang
terdapat di dunia ini dan ianya mampu memberikan berjuta pengaruh kepada
emosi seseorang mengikut jenis lagu yang
didengar. Saya sebagai seorang penggemar kepada MUZIK, saya sering memastikan
yang hidup saya akan diserikan dengan pelbagai jenis lagu mengikut MOOD saya
pada waktu itu. Saya juga sering menjadikan lagu sebagai inspirasi kepada saya
sebelom saya melakukan apa-apa tugasan sebagai perangsang kepada tercetusnya
sesuatu idea. Terutamanya apabila melakukan tugas seperti assignment . Lain
orang lain minat nya, dan lain orang lain citarasanya. Untuk orang seperti saya,
saya amat meminati lagu yang berunsurkan maksud yang mendalam yang berkait
rapat dengan kehidupan saya, tidak kira lagu inggeris ataupun lagu melayu.
Okey ini lagu pertama yang saya nak share ,
Saya amat meminati lagu yang tenang tetapi mempunyai
maksud-maksud tersirat yang mendalam yang mungkin para pendengar tidak memahami
maksud disebalik lagu tersebut. Saya menyukai lagu seperti ini kerana ia
berkait rapat dengan perasaan dan emosi manusia yang kadangkala tidak dapat
diungkap dengan kata-kata tetapi diadaptasi dlam bentuk puisi. Itu merupakan
salah satu sebab kenapa saya amat menyukai lagu seperti ini.
Selain itu, saya juga meminati lagu-lagu inggeris, dan
antara lagu kegemaran saya ialah ' listen before i go' 😘
saya juga meminati koleksi lagu lagu daripada penyanyi kegemaran saya iaitu ARIANA GRENDE. Dia merupaka seorang penyanyi yang mampu mengeksprestasikan segala perasaan dan apa yang berlaku dalam hidupnya kepada sebuah karya lagu dan hampir kesemua lagu-lagunya popular dan menjadi kegilaan anak muda termasuk saya sendiri. Setiap lagunya memberikan makna yang mendalam dan sangat berkait rapat dengan kehidupannya sendiri . Gendre muzik yang menarik yang berjaya diketengahkan olehnya juga memainkan peranan penting dalam kejayaan karyanya. Pendek kata, saya amat meminati karya dan lagu-lagunya.
Antara lagu Ariana Grende yang saya amat minat ,
Minat merupakan sesuatu yang tidak asing bagi seseorang individu, dan harini saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang minat saya terhadap hasil karya lagu daripada artis Malaysia mahupun Luar negara. Saya yakin, minat seseorang merupakan titik permulaan kepada bermulanya suatu karya atau kejayaan yang baik tidak kisah dalam apa jua bidang yang diceburi. Kerana, setiap yang dimulakan atau diusahakan pastinya perlu mempunyai minat barulah ianya akan diteruskan sehingga ke akhir tanpa sebarang masalah.
Alhamdulillah sampai disini saja perkongsian cerita saya tentang minat saya terhadap muzik,saya akan kongsikan minat saya terhadap perkara lain pada lain masa. Terima Kasih semua!
Salam Ika,
ReplyDeleteI can guest ur passion already from your previous post :D nice content here. and u have some videos embedded here. nice.
but u still missing ur label. and ur previous post as well. pls correct that.
thanks. keep it up!