Assalammualaikum,
Hai semua!
Sebagai permulaan, saya memperkenalkan diri dulu okeyy. Saya merupakan seorang pelajar lepasan matrikulasi yang baharu sahaja melanjutkan pelajaran pada 2/9/2019baru-baru ini di sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Saya merupakan pelajar Tahun 1 bagi jurusan Pengurusan Perniagaan di fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Okey itu serba sikit tentang saya,dan sekarang kita teruskan dengan objektif saya seterusnya.
okeyy, untuk hari ini , pada waktu ini dan disaat ini saya akan mulakan dengan penceritaan tentang pengalaman saya pada beberapa minggu lepas semasa melalui MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM) di Universiti Kebangsaan Malaysia , atau lebih ringkas orang melayu panggil Orentasi . Kebiasaannya kalau bercerita atau bercakap tentang minggu orentasi,mesti ramai yang kata bosan , tak best dan sebagainya. TETAPI ,untuk pertama kalinya saya melalui pengalaman minggu orentasi yang sangat menyeronokkan!
Terlalu banyak pengalaman menyeronokkan sepanjang MMM berlangsung dan saya nak kongsikan pengalaman paling menyeronokkan iaitu semasa malam terakhir MMM. Saya telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hari Kemerdekaan yang di pertandingkan oleh beberapa kumpulan. Dan saya merupakan ahli kelab Merah . Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai apatah lagi untuk bertanding walaupun hanya suka-suka. Tetapi demi menyahut cabaran rakan-rakan, saya turut serta dalam pertandingn tersebut sebangai penyanyi yang akan menyanyikan lagu kemerdekaan dan saya turut berduet bersama rakan sekelas saya di matrikulasi untuk bersama sama menyanyikan lagu malah beberapa rakan yang lain menari dan membuat sketsa kemerdekaan sebelum nyanyian dimulakan.
Secara jujurnya saya amat gementar kerana saya tidak pernah berhadapan dengan orang yang ramai dihadapan dan saya perlu menyanyi. Ianya terlalu berbeza dari kebiasaan. Tetapi ia merupakan pengalaman yang amat bernilai dan menyeronokkan. Saya juga mnganggap ianya sebagai satu platfomrm untuk saya beranikan diri berhadapan dengan orang ramai . Ia sangat membantu saya supaya mengatasi rasa malu saya apabila berhadapan dengan orang ramai. Saya juga mengenali ramai kawan -kawan sepanjang MMM tersebut dan dengan menyertai pertandingan ini, ianya berjaya merapatkan hubungan kami antara rakan sekumpuln kerana sama-sama mencurahkan idea dan memberikan pendapat tentang apa yang perlu dilakukan.
Pada malam tersebut, saya bersama rakan saya iaitu Azhar merupakan peserta yang pertama bagi memulakan pertandingan kemerdekaan itu. Kami sangat gementar. Tetapi berkt dorongan rakan-rakan kumpulan, kami kuatkan semangat dan teruskan misi kami bagi menghiburkan rakan-rakan dan para VIP yang hadir pada malam tersebut.
Alhamdulillah, selepas selesai sahaja persembahan kami, saya dan rakan-rakan dah boleh menarik nafas lega. hihi. Saya sangat seronok kerana sepanjang minggu MMM telah mengajar saya terlalu banyak perkara. Saya sangat bersyukur terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Kolej Keris Mas,UKM. Kesemua Pemudah cara yang menjalankan MMM terlalu ohsem. Mereka sanggup berpanas, berlapar demi kebajikan kami semua pelajar prasiswazah.
setakat ini sahaja cerita ringkas tentang pengalaman saya , terima kasih kerana sudi membaca!
Salam Ika,
ReplyDeleteContent is good. ada illustration with some pics and colorful background, very good.
however u missed to include your label here. correct that ok.
Overall, good job. keep it up!