Monday, 30 September 2019

MINAT




Assalamualaikum, hai semua! 💓

Bertemu kembali kita di blog kegemaran anda semua, hihi. 😉

Okey sebagai pembuka kata, saya ingin menyampaikan sedikit puisi(pantun) yang ada kena mengena dengan topik yang akan diceritakan oleh saya harini. Pantunnya berbunyi begini ......

Jalan jalan dengan Pak Ahmat,
Singgah sebentar di pasaraya K-Mart,
Hidup kita perlu ada matlamat,
Tapi semuanya semestinya bermula dari MINAT.

Hahaha okey macam tak kena kan? Tapi inilah topik yang akan saya cakap pada hari ini. Setiap orang pasti mempunyai minat yang tersendiri sama ada minat yang mendalam terhadap sesuatu atau minat yang ala kadar sahaja. Minat boleh diadaptasikan dalam pelbagai bentuk mengikut keinginan dan kemahuan seseorang terhadap minat mereka terhadap sesuatu perkara.

Minat merupakan perhatian yang mengandungi unsur-unsur perasaan. Minat merupakan dorongan atau keinginan dalam diri seseorang pada objek tertentu. Contohnya, minat terhadap sukan, kesenian atau hobighobi tertentu. Setiap orang memiliki minat yang berbeza-beza dengan minat orang lain. Minat berkaitan rapat untuk memotivasi seseorang, sesuatu yang dipelajari. Minat juga boleh berubah-ubah mengikut pada keperluan, pengalaman, dan mode yang sedang trend. Minat juga merupakan sikap positif atau kecenderungan melakukan atau menyukai sesuatu secara berulang dan menyeluruh.

Okey secara lazimnya semua orang mempunyai minat yang tersendiri dan harini saya nak ceritakan tentang minat saya terhadap SENI. Bukan seni lukis, tetapi seni yang berunsurkan bunyi-bunyian. Dengan erti kata yang mudah , minat saya terhadap MUZIK. Sejak dari sekolah rendah lagi, saya mulai menyedari yang saya amat cenderung terhadap muzik-muzik tidak kesah apa jua GENDRE nya, ianya juga mengikut peredaran masa atau TREND, senang cerita saya dengar semua jenis lagu.

saya, dengan mendengar muzik atau lagu ini dapat memberikan saya ketenangan dan ianya juga salah satu cara saya untuk mengurangkan tekanan dalam sesuatu perkara terutamanya dalam pelajaran. MUZIK membantu saya dalam memberikan MOOD yang berlainan apabila saya ingin melakukan sesuatu terutamanya untuk membuat tugasan ataupun ketika belajar.

Terdapat berjuta jenis lagu dari pelbagai bahasa yang terdapat di dunia ini dan ianya mampu memberikan berjuta pengaruh kepada emosi  seseorang mengikut jenis lagu yang didengar. Saya sebagai seorang penggemar kepada MUZIK, saya sering memastikan yang hidup saya akan diserikan dengan pelbagai jenis lagu mengikut MOOD saya pada waktu itu. Saya juga sering menjadikan lagu sebagai inspirasi kepada saya sebelom saya melakukan apa-apa tugasan sebagai perangsang kepada tercetusnya sesuatu idea. Terutamanya apabila melakukan tugas seperti assignment . Lain orang lain minat nya, dan lain orang lain citarasanya. Untuk orang seperti saya, saya amat meminati lagu yang berunsurkan maksud yang mendalam yang berkait rapat dengan kehidupan saya, tidak kira lagu inggeris ataupun lagu melayu.

Okey ini lagu pertama yang saya nak share ,



Saya amat meminati lagu yang tenang tetapi mempunyai maksud-maksud tersirat yang mendalam yang mungkin para pendengar tidak memahami maksud disebalik lagu tersebut. Saya menyukai lagu seperti ini kerana ia berkait rapat dengan perasaan dan emosi manusia yang kadangkala tidak dapat diungkap dengan kata-kata tetapi diadaptasi dlam bentuk puisi. Itu merupakan salah satu sebab kenapa saya amat menyukai lagu seperti ini.


Selain itu, saya juga meminati lagu-lagu inggeris, dan antara lagu kegemaran saya ialah ' listen before i go' 😘





saya juga meminati koleksi lagu lagu daripada penyanyi kegemaran saya iaitu ARIANA GRENDE. Dia merupaka seorang penyanyi yang mampu mengeksprestasikan segala perasaan dan apa yang berlaku dalam hidupnya kepada sebuah karya lagu dan hampir kesemua lagu-lagunya popular dan menjadi kegilaan anak muda termasuk saya sendiri. Setiap lagunya memberikan makna yang mendalam dan sangat berkait rapat dengan kehidupannya sendiri . Gendre muzik yang menarik yang berjaya diketengahkan olehnya juga memainkan peranan penting dalam kejayaan karyanya. Pendek kata, saya amat meminati karya dan lagu-lagunya. 

Antara lagu Ariana Grende yang saya amat minat , 



 Minat merupakan sesuatu yang tidak asing bagi seseorang individu, dan harini saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang minat saya terhadap hasil karya lagu daripada artis Malaysia mahupun Luar negara. Saya yakin, minat seseorang merupakan titik permulaan kepada bermulanya suatu karya atau kejayaan yang baik tidak kisah dalam apa jua bidang yang diceburi. Kerana, setiap yang dimulakan atau diusahakan pastinya perlu mempunyai minat barulah ianya akan diteruskan sehingga ke akhir tanpa sebarang masalah. 

Alhamdulillah sampai disini saja perkongsian  cerita saya tentang minat saya terhadap muzik,saya akan kongsikan minat saya terhadap perkara lain pada lain masa. Terima Kasih semua!









1 comment:

  1. Salam Ika,
    I can guest ur passion already from your previous post :D nice content here. and u have some videos embedded here. nice.
    but u still missing ur label. and ur previous post as well. pls correct that.
    thanks. keep it up!

    ReplyDelete