Monday, 7 October 2019

GAYA HIDUP SEBAGAI PELAJAR UKM

Assalamualaikum , halooooo semua! 😊

Sebelum apa-apa, saya nak belanja semua dengan sebuah senyuman. Semoga semua dalam keadaan yang selesa dan gembira sekarang , hihi


Bertemu lagi kita di blog yang serba ringkas ini. Saya harap dengan sedikit penceritaan tentang diri saya dan topik-topik yang lain dapat memberikan sedikit inspirasi atau pencerahan walaupun hanya sebesar zarah. Saya harap semua enjoyy dengan blog saya ni okeyyy!💕

Okey pada mulanya, saya pasti semua orang sebagai seorang manusia mempunyai cara hidup atau gaya tersendiri serta penceritaan yang berlainan tentang kehidupan dan perjalanan hidup masing-masing sama ada sebagai seorang yang masih belajar ataupun bekerja.

Seperti yang saya pernah ceritakan di posting saya yang pertama, saya merupakan seorang mahasiswa di sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan pelajar tahun 1 di fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).

Sebagai seorang pelajar sepenuh masa di UKM, saya ingin berkongsi tentang sedikit cara atau gaya hidup saya di UKM. Seperti biasa, sebagai pelajar tahun satu, semestinya saya akan menetap di kolej selama 2 sem iaitu selama setahun. Maka, segala pergerakkan saya akan bermula dari kolej. Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi kesyukuran kerana saya mendapat kolej kediaman kedua terbesar di UKM iaitu Kolej Keris Mas. Kolej Keris Mas merupakan antara kolej yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang amat membantu pelajar dan menyebabkan saya tidak memerlukan pergerakkan yang jauh untuk mendapatkan apa-apa barang. Saya juga mendapat blok kediaman yang paling dekat dengan kafe, ia sangat memudahkan saya untuk sering ke kafe. hahaha

Di kolej Keris Mas, saya perlukan pengurusan masa yang amat baik bagi memastikan saya tidak tertinggal bas kerana bas akan datang setiap setengah jam dan kebiasaanya saya perlu menaiki bas setengah jam awal dari waktu kelas saya bagi memastikan saya tidak lambat ke kelas. Jadi, untuk ke kelas pada pukul 8 pagi, saya dan rakan-rakan akan menaiki bas pada pukul 7.30 pagi dan bermulalah perebutan antara pelajar untuk menaiki bas . Maka, sebagai pelajar , kita perlu bijak mencari peluang beratur di bahagian depan supaya dapat duduk di kerusi bas dan tidak perlu berdiri. hahaha



Setiap pagi, beginilah situasi di dalam bas, sangat penuh kerana majoriti pelajar mempunyai kelas pada waktu pagi. Kami sebagai pelajar Kolej Keris Mas sangat beruntung kerana terdapat bas Zon 3 iaitu bas yang bermula di Keris Mas dan berakhir juga di Keris Mas. Maka kami yang akan penuhkan bas-bas tersebut dahulu jika nak dibandingkan pelajar lain.

Seterusnya, seperti yang diberitahu tadi, saya merupakan pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang merupakan antara fakulti yang paling legend dalam UKM. Bangunannya yang antik kerana penyusunan batu bata secara tersusun dan terperinci memberikan inspirasi dan mampu menarik minat orang lain termasuk saya untuk memasuki nya.


Saya sebagai pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan , di fakulti ini lah yang saya akan pergi menuntut ilmu sepanjang 3-4 tahun pengajian saya di UKM.

Seperti biasa , sampai sahaja di fakulti bermulalah sesi pembelajaran selama 3 jam untuk satu subjek . Kebiasaannya masa 3 jam itu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya , tetapi ada masa kami akan dilepaskan awal kerana objektif pengajaran pada hari itu sudah berjaya dihabiskan sebelum masa yang ditetapkan. Bagi memastikan saya tidak tertinggal apa-apa imformasi atau bagi mengelakkan saya tidak memberikan perhatian ketika sesi pembelajaran, saya dan rakan akan memastikan kami sentiasa duduk dibahagian hadapan atau kedua hadapan meja kuliah pada setiap kelas 😃


Selepas sahaja habis kelas, kebiasaannya saya akan pergi berjalan mencari makanan di Pusanika iaitu tempat yang terdapat bermacam kemudahan seperti kedai buku, pejabat pos, yang paling penting terdapat bermacam makanan di sana. Antaranya yang paling diminati ramai iaitu sebuah kafe yang dimiliki oleh pengusaha Berbangsa China tetapi beragama islam yang menjual pelbagai makanan dan yang paling menarik minat saya ialah 'MI TARIK'.  Mi tarik yang dibuat sendiri oleh pekerja kafe secara terbuka antara tarikan utama di kafe tersebut. Selain potongan sebanyak RM2 untuk kami sebagai seorang pelajar, kami juga diberikan air minuman secara percuma . Ianya sangat menyeronokkan kerana kami boleh berjimat untuk membeli minuman. hihi 👍


haaa ini dia MI TARIK yang sudah menjadi antara makanan kegemaran saya di Pusanika,UKM. Jika ada masa yang terluang dan apabila saya teringin saja, saya pasti akan memilih mi tarik sebagai makanan yang akan dicari selepas sahaja habis kelas. Dengan harga yang sangat berpatutatn ,kuantiti  mi nya yang banyak, saya yakin bukan saya sahaja yang menyukainya malah termasuklah sejumlah besar pelajar UKM sendiri. 

Setelah selesai makan, selesai bersembang , selesai membuang masa di persekitaran UKM dan tibalah masa untuk saya pulang ke kolej kediaman. Untuk pulang ke kolej kediaman, saya perlu menaiki bas selama hampir 30 minit untuk sampai ke kolej kerana bas akan pusing sehingga ke Fakulti Undang-undang yang sangat jauh dari fakulti ekonomi sendiri. Dan kadangkala jika saya habis kelas petang, mungkin masa yang diperlukan untuk saya sampai ke kolej kediaman adalah lebih dari setengah jam kerana jem akan berlaku akibat daripada kesemua para pekerja dan pensyarah ingin pulang setelah habis waktu kerja. 


Tetapi, sebagai seorang pelajar, segala perjalanan ini adalah lumrah. Tiada apa yang lebih berharga selain masa bersama keluarga, rakan-rakan serta sewaktu belajar di universiti. Saya amat bersyukur yang saya dipilih untuk menjadi sebahagian daripada siswa UKM. Ianya merupakan satu platform untuk saya belajar banyak lagi benda baharu serta belajar tentang erti kehidupan sebagai seorang pelajar . 

Terlalu banyak yang ingin diceritakan tetapi saya rasa setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan serba sedikit tentang kehidupan dan perjalanan hidup saya (rutin) di universiti. Maaf jika agak membosankan. InsyaAllah banyak lagi yang akan saya kongsikan pada masa-masa yang akan datang dilain hari. 

Salam Senyum Selalu 😚



1 comment:

  1. Salam Ika,
    Nice posting u have here.
    Including you rasanya dah 5 students yg recommend mee tarik ni. Nampaknya saya wajib try ni :D
    Good job on the content, nice illustrations. keep it up!

    ReplyDelete