Monday 21 October 2019

KAMI ULTRAS, MEGAH BERDIRI DEMI UKM


Assalamualaikum, Holaaaa! ❤

Selamat Datang kepada yang baru menyinggah buat kali pertama di blog saya, dan Selamat Bertemu Kembali kepada yang sentiasa menyokong dan memberikan sokongan terhadap blog yang serba ringkas ini. 😎

Sebelum apa-apa, jangan stress-stress okey. Kita chill chill je harini. Senyum sikit, 

                            

Okey seperti biasa, setiap minggu saya akan berkongsi tentang cerita dan perkongsian yang baharu. Dan saya berharap sedikit sebanyak ianya dapat memberikan sedikit inspirasi dan semangat yang baru kepada sesiapa yang membaca blog saya.

Dengan lafaz Basmalah , pada hari ini saya ingin berkongsi tentang sedikit pengalaman saya sebagai salah seorang ahli Ultras untuk Kolej Keris Mas. Ultras merupakan sebuah kelab di setiap kolej sebagai orang kanan atau penyokong kuat bagi setiap aktiviti atau perlawanan yang diadakan dikolj atau di peringkat Universiti. Dengan erti kata lain ahli-ahli kelab Ultras merupakan penyokong bagi apa jua aktiviti besar yang melibatkan kolej yang didaftar bawah Varsity Boys. Varsity Boys pula merupakan pasukan penyokong UKM. Sebagai contoh, apabila berlangsungnya perlawanan bola sepak antara UKM FC dengan mana-mana pasukan lain, kami sebagai penyokong wajib turun padang bagi memberikan sokongan padukepada  pasukan bola sepak UKM FC bagi memeriahkan lagi perlawanan dan menyuntik semangat kepada para pemain UKM FC tersebut.

Tujuan utama penubuhan Kelab  Ultras ini ialah bagi melahirkan anak muda yang mempunyai kredibiliti dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam aktiviti luar fakulti walaupun hanya sebagai penyokong. Semangat berpasukan antara  kesemua ahli dapat dipupuk dalam diri kerana kami bersama-sama merasai bahawa  kami turut terlibat secara langsung di dalam sesebuah perlawanan. Kami sebagai ultras tidak peduli apa pandangan atau tanggapan orang luar terhadap kami kerana kami yakin sokongan padu kami menyuntik semangat yang besar kepada pasukan yang berlawan. Kami percaya bahawa disebalik sesebuah kejayaan, terdapat sokongan yang padu daripada orang sekeliling dan kami sebagai ultras, itulah tugas kami.



Pada 22 Oktober 2019, telah berlangsungnya Hari Interaksi bagi pasukan Ultras Kolej Keris Mas yang bertempat di court bola keranjang Kolej Keris Mas. Seperti program-program lain, Hari Interaksi merupakan salah satu acara wajib yang mesti dijalankan. Hari Interaksi dijalankan bertujuan untuk mencipta 'Bonding' antara ahli pasukan bagi mengeratkan lagi hubungan serta mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat sebelum program besar yang bakal berlangsung iaitu SUKEM (Sukan Antara Kolej). Setiap Kolej akan pertaruhkan barisan-barisan pemain bagi pelbagai jenis sukan dan kami sebagai ultras, menjadi tugas kami untuk memberikan sokongan ketika perlawanan berlangsung. 

Kebiasaannya untuk hari interaksi , Majlis Tertinggi akan meminta ahli kelab menyumbangkan sedikit wang bagi membeli makanan siap dan akan dihidangkan ketika malam interaksi tersebut tetapi, setelah sebulat suara, kami memilih untuk mengumpul wang bagi setiap seorang hanya rm7 , dan kami bersama sama akan masak di bilik masakan kolej. Segala Barangan dibeli oleh naib pengerusi kelab, dan pada petang sebelum berlangsungnya hari interaksi , kami sebagai ahli terumanya Majlis Tertinggi kelab bersama sama rewang untuk menyediakan beberapa menu juadah untuk dinikmati oleh semua pada malam tersebut. 

Hampir 4 jam kami menghabiskn masa kami bersama sama berkerjasama memasak dibilik masakan. Berbagai ragam, berbagai perkara berlaku bagi menyiapkan juadah tetapi ianya merupakan suatu pengalaman yang tak boleh dikira nilainya kerana sukar untuk kami berkumpul dan melakukan aktiviti memasak seperti ini. Saya menjangkakan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang turun padang bagi bersama-sama menjalani aktiviti memasak, tetapi ternyata sangkaan saya salah sama sekali kerana hampir kesemua majlis tertinggi ultras turun padang dan memberi bantuan untuk memasak. Suasana amat meriah kerana masing-masing sangat 'humble' dan mengibaratkan diri sebagai sebuah keluarga. Saya sebagai Majlis Tertinggi Kelab Ultras amat menghargai usaha yang dicurahkan oleh ahli-ahli majlis tertinggi sepasukan saya kerana sanggup meluangkan masa bagi menyediakan juadah makanan kami walaupun pada hakikatnya kami semua sudah mula sibuk dengan tugasan masing-masing sebagai seorang pelajar. 

Menu yang disediakan tidaklah begitu megah atau meriah, tetapi bagi saya ianya sangat berbaloi kerana kami masih mempunyai pelbagai juadah walaupun hanya perlu membayar dengan jumlah yang sedikit. Ianya sangat berbeza jika dibandingkan dengan beli siap dan memasak sendiri. 



Majlis Interaksi Ultras bermula pada jam 9pm , pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan hari interaksi kami dan di setiap game yang dijalankan, kami akan memulakan dengan 'ice breaking' iaitu sesi mengenali antara satu sama lain. Kami diarahkan untuk beratur secara berpasangan secara berhadapan dan mengenali pasangan masing-masing dengan bertanya tentang nama penuh, nama ayah, nama ibu, negeri asal dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk mengenali dengan lebih rapat dan walaupun pada asalnya kami tidak mengenali antara satu sama lain. Ice Breaking yang dijalankan sangatlah efektif kerana kami berjaya mengenali antara satu sama lain dalam masa yang sangat singkat dan kami berjaya mencipta 'bonding' yang baik sesama sendiri. Pada mulanya, kami hanya mampu senyum dan sapa antara satu sama lain tanpa berinteraksi tetapi akhirnya kami mampu untuk gelak tawa, bergurau dan menyelesaikan game yang dilajankan dengan penuh semangat kerjasama. 


Bukan sahaja game yang dijalankan, kami juga memeriahkan lagi hari interaksi kami dengan bernyanyi bersama-sama sambil salah seorang daripada kami bermain gitar, kami juga membakar mashmellow bersama-sama serta menyanyikan 'chant' iaitu lagu-lagu semangat yang kami nyanyikan bagi menyokong pasukan kami ketika perlawanan berlangsung. Kami sebagai rakan sepasukan ultras dapat merasakan bahawa 'bonding' antara kami lebih erat dengan adanya program seperti ini. Ianya amat penting bagi memastikan kami mempunyai komunikasi dan interaksi yang baik antara satu sama lain. Dalam hanya masa yang tidak sampai satu hari, kami berjaya menjalankan hari interaksi kami dengan jayanya walaupun terdapat banyak kekurangan disana dan disini. Saya sebagai salah seorang majlis tertinggi kelab amat berharap bahawa program yang dijalankan ini dapat memberikan impak positif kepada semua ahli. 

Saya sertakan sedikit Montaj yang agak simple, disediakan oleh saya sendiri bagi berkongsi secara terus tentang sebahagian perkara yang berlaku sepanjang hari interaksi ultras berlangsung bagi menunjukkan kemeriahan dan sebahagian atur cara yang berlaku sepanjang hari interaksi berlaku 😉 


                             

Sebagai salah seorang Ultras, kami sanggup berkorban masa bagi menyokong dan memberikan semangat kepada rakan-rakan sepejuangan walaupun usaha kami ini hanya kecil tetapi semangat yang kami bawakan untuk kesemua pasukan-pasukan kolej adalah amat besar dengan harapan dapat meningkatkan nama kolej. Selain daripada penglibatan di beberapa program kolej, saya tidak melupakan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar . InsyaAllah saya doakan agar saya dan rakan-rakan yang lain bersama-sama berjaya walaupun kehidupan sebagai seorang mahasiswa tahun satu di UKM sudah mula sibuk. 

Seperti biasa, tiada yang lebih berharga selain pengalaman yang mahal kerana ianya amatlah susah untuk dijumpai walaupun dicari. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Ultras Kolej Keris Mas. Semangat yang besar bukan lah datang hanya dari orang yang besar, tetapi ianya datang dari hati kecil yang menginginkan kejayaan dan kemenangan.👍

Kami Ultras Kolej Keris Mas akan terlibat dalam SUKEM  yang akan berlangsung pada bulan November akan datang dan jika tiada aral melintang , saya akan kongsikan pengalaman saya bersama-sama rakan Ultras yang lain sepanjang SUKEM berlangsung. Ianya pasti suatu pengalaman yang amat menarik dan saya tidak sabar untuk memberikan sokongan padu kepada para atlet Kolej Keris Mas yang akan bertanding.  



Semangat bekerjasama dan penyatuan hati antara sesama ahli mampu memberikan impak yang besar kepada semua pihak walaupun bukan datangnya dari persatuan yang besar. 

'Kami tidak ramai,tapi kami bersatu untuk berikan yang terbaik' 😎

Itulah serba sedikit tentang ringkasan hari interaksi Ultras Kolej Keris Mas. InsyaAllah pada masa akan datang, banyak lagi perkara dengan tajuk-tajuk yang berlainan yang akan saya kongsikan . Niat dihati bukan untuk menunjuk,hanya sekadar motivasi dan suntikan semangat kepada semua pihak tentang kehidupan mahasiswa seperti saya. 

okeyyyy,jumpa lagi di posting yang akan datang 😘😘

Akhir kata, salam kami ultras, megah berdiri demi Kolej dan UKM! 💪








2 comments:

  1. Salam Ika,
    Good job for being part of this kind of activity. Good posting as well as usual.
    Keep up your good work!
    Fighting ultras!

    ReplyDelete