Thursday, 17 October 2019

KEM INTELEKTUAL KOLEJ KERIS MAS

Melati kuntum tumbuh merata,
   Sayang merbah dipohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
   Selamat datang untuk semua.

hollaaaaa, 😘 selamat bertemu kembali di blog saya!  Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang masih lagi setia untuk membaca dan meluangkan sedikit masa menyinggah di blog saya ini !

Alhamdulillah, saya masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini bagi menjalani kehidupan seperti biasa.

Untuk hari ini, saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya ketika menyertai Kem Intelektual Kolej Keris Mas, Anjuran Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas bagi memberi motivasi kepada wakil-wakit sekretriat setiap program besar anjuran kolej itu sendiri.

Saya merupakan seorang Sekretriat ( ahli jawatan kuasa) bagi Program yang bakal dianjurkan pada cuti semester 1 ini iaitu Program Kesukarelawan Ke Sabah. Saya memilih untuk menjadi Sekreteriat untuk program ini kerana saya tertarik pada motif dan tujuan program tersebut dijalankan.Kesukarelawan Sabah ini merupakan satu-satu program yang dijalankan bagi memberi manfaat dan bantuan kesukarelawanan kepada sebilangan penduduk di negeri Sabah bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Saya sebagai sekreteriat yang diamanahkan untuk memengang pos Pemasaran, maka saya antara orang kanan yang turut sama akan mencari dana-dana bagi menjalani program tersebut melaui NGO dan sebagainya. Gerak kerja dan tanggungjawab ini adalah sangat besar kerana ianya melibatkan sebuah harapan dan impian untuk kami sendiri pergi ke Sabah untuk memberikan bantuan kepada mereka.

Tujuan utama bukanlah untuk bercerita tentang program tersebut, ianya adalah pengenalan untuk berkongsi bagaimana saya boleh menyertai Kem Intelektual yang dijalankan. Kem ini adalah hanya untuk sekreteriat-sekreteriat terpilih di bawah program-program yang dijalankaniaitu seramai 100 orang bagi membentuk jati diri dan menambah motivasi kami supaya cekal dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi ketika melaksanakan gerak kerja program.

Pada mulanya, tiada apa yang dapat digambarkan selain daripada perasaan 'EXCITED' kerana saya mengambarkan bahawa program ini adalah satu platfom yang baik untuk saya cabar diri dalam menonjolkan diri disekumpulan pelajar. Kem Intelektual ini dijalankan bertempat di Hutan Pendidikan Alam (HPA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Tempatnya tidaklah jauh tetapi kami masih perlu menaiki bas daripada Kolej Keris Mas dan tiba kira-kira 6 ke 7 minit kemudian. Setelah sampai, kami perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit melalui jalan di dalam kelapa sawit dan kami perlu menaiki bukit yang agak tinggi. Tercungap jugaklah kami semua apabila sampai. Hahahaha.



Apabila sampai sahaja, kami perlu melakukan pendaftaran dan bermula lah perjuangan kami selama 3 hari 2 malam di Hutan Penyelidikan Alam UKM. Kami diberikan sedikit kata-kata ucapan selamat datang dan tahniah daripada Ketua Pengarah Program dan seterusnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan memulakan tugasan kami yang pertama iaitu memasang khemah. Tugasan memasang khemah ini haruslah dilakukan dengan baik kerana disitu lah tempat kami berehat selama 3 hari dua malam di Hutan Penyelidikan tersebut. Berbekalkan bantuan Pemudah cara program, kami berjaya mendirikan khemah selaku tempat penginapan kami.


Kerjasama amatlah penting dalam memasang khemah kerana memerlukan kesabaran bagi memastikan khemah yang dipasang kukuh serta kematangan dalam membuat keputusan amatlah penting bagi menyelesaikan masalah bagaimana untuk memastikan khemah kami stabil walaupun ribut berlaku. Setelah selesai sahaja sesi pemasangan khemah, kami diarahkan untuk berkumpul semula diperkerangan Dewan Utama bagi meneruskan acara seterusnya. 



Tidak lengkap sesuatu program jika tiada ucapan dan pemantauan oleh pihak atasan kolej. Dato' Dr. Syed Kamarudin Bin Hj Sadakkuthulla merupakan Felo Kehormat Kolej Keris Mas telah memberikan sedikit kata-kata aluan dan memberi kata-kata semangat kepada kami bagi menjalani hari-hari kami di kem tersebut. 

Setelah selesai solat dan makan, tibalah masa untuk kami melakukan tugasan kami yang seterusnya iaitu Mendirikan Bendera Jalur Gemilang. 


Nampak macam mudah tetapi hanya berbekalkan 5 batang pvc pendek, tali rafia dan jalur gemilang, kami perlu menegakkan tiang yang pendek itu supaya mampu berdiri tengak seperti tiang-tiang bendera yang sebenar. Kami juga tidak dibenarkan untuk mengeluarkan satu suara sekalipun dan hanya perlu patuh pada arahan ketua kumpulan kami. Kesemua gerak kerja adalah berdasarkan arahan daripada ketua sahaja. Jika para Pemudah cara terdengan suara daripada kalangan ahli kumpulan, kami diarahkan untuk "DOWN" iaitu baring di atas tanah dan muka perlu rapat dengan tanah. Pada mulanya saya tidak dapat menerima apa yang diarahkan kepada kami tetapi sebenarnya ianya adalah salah satu cara bagi menyuntik kerjasama daripada kami sebagai ahli kumpulan untuk berikan kerjasama dalam menyelesaikan tugasan kami supaya kami tidak didenda lagi sedemikian. Kami diasak, di "Psyco" , di marah oleh pemudah cara, semuanya adalah dirancang bagi membuat kami lebih kuat dalam menghadapi masalah walaupun kami diherdik dengan begitu dasyat sehingga hampir koyak perasaan kami. 

Setelah selesai, kami meneruskan program dengan acara NIGHT WALK iaitu berjalan di dalam hutan pada mulanya berkumpulan dan sampai disuatu checkpoint, kami akan dilepaskn berseorangan. Dengan hanya berbekalkan cahaya bulan , kami gagah meneruskan juga walaupun Tuhan sahaja yang tahu bertapa takutnya apabila berada di dalam hutan berseorangan dan ditambah pula para pemudahcara ditugaskan untuk menakutkan kami dengan berada disekeliling hutan dan mengusik kami ketika kami di dalam hutan tersebut. Jeritan dah menjadi suatu kelaziman bagi kami kerana perasaan takut itu telah melebihi segalanya. Hampir 3 jam kami menghabiskan masa di dalam hutan dan akhirnya kami di benarkan untuk pulang ke khemah dan berehat. 

Kami hanya mempunyai masa 1 jam setengah minit untuk tidur dan kami perlu bangun semula bagi meneruskan hari berikutnya. Ianya merupakan sesuatu yang sangat-sangat mencabar. 


Hari berikutnya dimulakan dengan sedikit senam arobik yang diketuai oleh para pemudahcara. 


Selesai sahaja senamrobik, bermula lah satu-satunya tugasan yang paling ditunggu tunggu oleh kami iaitu EXPLORE RACE. Pada awalnya saya hanya mengambarkan explorace yang tidak begitu mencabar tetapi sangkaan saya salah sama sekali. Sejujurnya ia merupakan explorace yang paling mencabar dengan 9 checkpoint dan setiap checkpoint mempunyai cabaran yang berlainan untuk kami mendapatkan barangan masakan seperti gula, kentang, air mineral, mancis dan bekas untuk memasak. Saya merupakan ahli kumpulan 10 iaitu kumpulan yang bernama 'BEN 10' yang merupakan kumpulan yang pertama berjaya melepasi segala checkpoint dan seterusnya kumpulan yang paling awal menghabiskan segala tugasan di checkpoint. Hampir 2 jam setengah kami mengahabiskan masa bagi menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Ianya memerlukan kerjasama dan kesepakatan yang baik antara ahli kumpulan bagi selesaikan segala checkpoint. 


Ini merupakan salah satu checkpoint yang paling mencabar kerana kami perlu masuk di dalam selut, merintangi anak sungai dan kami perlu baring diatas lumpuh sebelum merintangi anak sungai yang terdapat kentang di permukaan sungai tersebut. Ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi kerana kami perlu korbankan segala apa yang kami ada ketika itu bagi habiskan tugasan tersebut. Ianya amatlah menguji mental kami. 


Kami berjaya menghabiskan kesemua checkpoint dan seterusnya kami perlu melakukan tugasan terakhir kami iaitu memasak kentang dengan apa sahaja barangan yang diberikan ketika menjalani explorace. Kami satu kumpulan dalam keadaan berlumpur tetap meneruskan tugasan kami sehingga habis kerana itulah makanan kami. Jika kami tidak menghabiskannya, kami tidak akan diberikan makan untu makan tengahhari. Ianya merupakan pengalaman yang sangat-sangat berharga kerana saya dapat merasai sendiri bertapa nikmatnya makan kentang bersama rakan-rakan kumpulan setelah berpenat lelah menghabiskan segala checkpoint. 

Terlalu banyak yang ingin diceritakan kerana sesungguhnya pengalaman selama 3 hari 2 malam di kem amatlah berharga. Ianya tidak terhenti disini sahaja, saya akan bawa semangat yang telah berjaya ditanam dalam diri sehingga akhir hayat. Kekuatan yang dibina dalam diri sangat nampak dengan jelas sehinggakan kami semua berjaya menyelesaikan segala tugasan walaupun di 'RAGGING' sehinggakan kami terpaksa baring di kawasan sekeliling yang mempunyai tahi lembu. Saya sendiri merasai baring bersebelahan tahi lembu. Ianya amatlah menguji mental saya. Terlalu mahal pengalaman ini. 

Macam saya cakap, terlalu banyak yang ingin diceritakan, insyaAllah saya akan konsikan pengalaman saya ini di posting yang akan datang. Tak bestlah cerita semua kan, nak bagi rasa suspen sikit apa sebenarnya lagi yang berlaku sepanjang kem ini. 

Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari mohon kemaafan jika tidak mampu memberikan perkongsian yang baik, tetapi ikhlas tulus dari hati perkongsian ini adalah bagi menyuntik semangat kepimpinan dalam diri melalui pengalaman yang hanya sebesar biji sawi ini. 



Terima Kasih Kerana setia bersama blog saya!
Asalammualaikum, salam jumpa lagi dilain hari 💓









1 comment:

  1. Salam Ika,
    Good job in joining such prog. Just next time try to manage your time properly ok :D
    Good job on the posting as well. Susunan yg baik ada intro, isi dan penutup in every posting u do. Well done and keep it up!

    ReplyDelete