Selamat Datang kepada yang baru menyinggah buat kali pertama di blog saya, dan Selamat Bertemu Kembali kepada yang sentiasa menyokong dan memberikan sokongan terhadap blog yang serba ringkas ini.๐ Diharapkan kesemua para membaca dalam keadaan sihat walafiat. hehe ๐
Kalau-kalau tak sihat tu, jangan lupa pergi klinik okeyyyy ! Hahaha
Ayuhhh kita terus kan sahaja dengan tajuk saya hari ini iaitu tentang minat saya atau dalam kata lain apa yang saya suka dan gemar. Seperti dalam posting sebelum ini, saya pernah terangkan bahawa minat ialah merupakan sesuatu perkara atau perbuatan yang disukai dan akan dilakukan oleh seseorang dengan kerap kerana itu adalah antara perkara yang boleh menimbulkan perasaan gembira dalam diri seseorang individu itu sendiri.
Dalam banyak-banyak perkara , KENAPA MEMASAK ?
Ini adalah satu soalan yang sukar untuk dijawab sebenarnya. Hahaha
Bagi saya yang amat suka memasak ini, ianya adalah sesuatu perasaan suka dan minat yang hadir sendiri dan ianya bermula daripada kecil lagi. Minat memasak ini wujud apabila saya sering menyibuk atau mengacau ibu saya ketika berada didapur semasa beliau sedang memasak. Pada mulanya kehadiran saya didapur amat dimarahi ibu kerana sering menganggu beliau ketika memasak tetapi lama kelamaan ibu sedar dan perasan bahawa saya amat berminat untuk belajar memasak maka secara perlahan-lahan ibu sudah mula untuk memberikan saya peluang untuk membantunya di dapur. Pada peringkat awal, saya hanya pandai memotong bawang, sayur, sediakan rencah masakan sahaja dan selebihnya akan dilakukan oleh ibu .
*saya sertakan posting kali ini dengan beberapa video masakan saya yang saya pernah ambil sebelum-sebelum ini.
Menu: Sambal Udang
Minat memasak ini juga menjadi lebih mendalam apabila saya mendapati ayah saya juga adalah seseorang yang pandai dalam masak memasak ini dan beliau merupakan seorang bekas tentera yang mempunyai sijil khas dalam kursus masakan. Kursus masakan (kulinari) yang diambil adalah sebuah kursus untuk ianya menamatkan latihan dalam bidang ketenteraan.
Maka, sejak saya mengetahui perkara tersebut, saya mula berfikir jika ibu dan ayah boleh masak, kenapa tidak saya? Saya juga ingin menjadi seperti mereka. Walaupun mereka bukan lah tukang masak profesional tetapi mereka merupakan idola dan jaguh memasak di rumah. Mereka merupakan sumber inspirasi saya yang paling utama.
Menu : Mee Goreng Bujang
Pejam celik kini usia saya sudah hampir menjejaki 20 tahun dan saya telah pun bermula untuk memasak sendiri tanpa pantauan ayah dan ibu ketika umur saya 11 tahun. Sedih dan sebak sebenarnya kerana saya tidak dapat menuntut ilmu masakan yang mendalam dan banyak dari ibu kerana ibu telah pun kembali ke rahmahtullah sejak saya berusia 11 tahun. Maka, sejak itu saya mula mengalas tugas ibu yang dahulunya memasak untuk kami sekeluarga dengan bantuan ayah. Dengan segala ilmu masakan yang diperolehi oleh ayah, beliau curahkan sepenuhnya kepada saya secara berperingkat . Maka, sudah jadi satu kewajipan untuk saya , apabila saya pulang ke rumah, saya yang akan ambil alih tugas untuk memasak. Ianya mungkin bagi orang lain adalah sesuatu yang berat kerana perlu korbankan masa untuk memasak pada usia yang sangat muda. Tetapi jika difikirkan disudut positif, tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat keluarga tersenyum. Melalui masakan jugalah , saya merasakan perasaan yang sangat gembira apabila keluarga berpuas hati dengan masakan saya.
Tipulah kalau saya kata saya tidak pernah mengeluh kerana terlalu penat kerana hampir setiap hari saya perlu memasak. Tapi satu kata-kata yang saya pengang sehingga kini, 'Kalau kamu masak tak sedap, orang lain tak akan suruh kamu masak lagi' - itulah kata kata ibu yang saya ingat sehingga kini, yang membawa maksud kalau keluarga harapkan kita maknanya kita adalah orang kuat dan harapan keluarga. Itulah juga adalah kata-kata inspirasi yang menjadikan saya tidak jemu-jemu untuk mempelajari ilmu masakan sehingga kini.
Menu : Murtabak Maggi (ala kampung je ehehe)
Saya tidaklah begitu pandai dalam kesemua jenis masakan tetapi saya kebiasaanya akan memasak masakan kampung yang kebiasaanya dimakan oleh masyarakat melayu kita. Antaranya sambal ayam, kari kambing , ikan masak lemak , kurma ayam , rendang danging , asam pedas , sayur goreng , mee goreng dan sebagainya . Jika nak disenaraikan, banyak juga lah hihi ๐
Tetapi semenjak saya mempunyai ahli keluarga baharu iaitu ibu tiri saya, sejak itu tugas memasak di ambil alih olehnya tetapi saya juga akan meluangkan masa untuk membantunya dan kadangkala jika ayah meminta saya untuk masak, jadi saya yang akan memasak dan memberi peluang kepada ibu tiri saya untuk berehat.
Menu : Masak Lemak Ayam
Minat memasak ini sangat lah besar dalam diri saya sehinggakan saya menjadikan ia sebagai cita-cita kedua saya iaitu ingin menjadi tukang masak profesional. Saya juga mempunyai hasrat untuk mengambil kursus masakan sebagai sijil tambahan saya selain daripada segulung sijil ijazah yang saya akan terima suatu hari nanti ,InsyaAllah. Saya juga pernah bercita cita untuk membuka sebuah kedai makanan yang besar daan terkenal di Malaysia dengan mengusahakan kedai makan yang berasakan masakan tradisi dan kampung pembagai negeri. Tidak salah jika saya berangan kan? Kerana saya tahu ianya merupakan satu platform permulaan untuk saya menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang yang saya akan usaha kan suatu hari nanti.
Menu : Sambal Ikan Siakap
Ilmu masakan ini sangat luas, jika kita tak ambil inisiatif untuk ceburi , sangat lah rugi. Bagi saya, sebagai kaum wanita terutamanya, kita perlulah ada ilmu masakan walaupun sedikit supaya tidaklah kita bergantung pada orang lain suatu hari nanti. Memasak juga merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan dalam kehidupan kerana jika kita pandai masak, orang pasti akan senang dan suka. Masakan ini bukanlah mampu untuk memberi rasa kenyang kepada kita dan semua orang tetapi ianya juga mampu memikat hati orang jika kena pada tempatnya .
Menu : Rendang Ayam
Perkara yang menjadi kebiasaan yang sering akan diperkatakan oleh mak-mak diluar sana terutamanya orang melayu ialah ' Kena pandai masak, barulah bakal mak mertua sayang'. Hahaha
Kita ambil ianya dari sudut positif, sudah semestinya seorang ibu akan senang dengan kita jika kita pandai masak dan pandai jaga keluarga kerana ianya adalah asas kebahagiaan dalam rumah tangga, bukan kah itu yang diamalkan sejak turun temurun lagi? Niat bukanlah untuk bercerita tentang itu tetapi saya ingin menyatakan bahawa memasak ini bagi saya bukan lah sesuatu yang mudah tetapi jika dipelajari dari awal, ia akan memberikan impak positif yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Kadangkala kita tidak sedar dengan adanya kemahiran memasak ini, banyak perkara yang kita boleh elakkan seperti makan diluar, makan makanan 'fastfood' , ianya adalah amat tidak sihat. Seperti sedia maklum, amalan hidup sihat adalah bermula dari pemakanan dari rumah.
Saya jadikan minat dan ilmu memasak ini sebagai sesuatu kelebihan dalam diri saya kerana ianya amatlah membantu saya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik tanpa mengharap dengan orang lain. Saya juga amat bersyukur kerana saya mempunyai ibu dan ayah yang mengajar saya untuk memasak dari kecil dan ianya mengajar saya untuk hidup berdikari . Jika kita hargai apa yang kita miliki, insyaAllah segala urusan dipermudahkan . Memasak ini skopnya amat luas, daripada mula ingin memasak, cara penyediaan rencah, cara membersihkan ikan/danging/ayam , cara mengolah masakan itu, cara memasak , cara memastikan ianya mempunyai rasa yang sedap , cara untuk menyediakannya ke meja makan mampu menunjukan anda adalah seseorang yang bagaimana. Jika elok cara masaknya dengan penuh ikhlas dan kasih sayang makn sedaplah masakan itu. Tetapi jika sambil lewa cara memasaknya, maka biasa-biasa sahaja lah masakan itu.
Saya yakin dan pasti bahawa kesemua orang di dunia ini boleh mempunyai minat dan kebolehan ini . Apa yang membezakan kita cumalah inisiatif dan usaha untuk capai sesuatu itu . Isu soal tak pandai masak itu bukanlah menjadi isu besar kerana selagi ada peluang bernafas di muka bumi ini, maka selagi itulah kita masih boleh belajar dan perbaiki apa yang kurang.
Alhamdulillah, selesai satu perkongsian tentang minat saya yang tak seberapa ini. Saya berharap ianya dapat memberikan sedikit motivasi dalam diri kesemua para pembaca. Terima Kasih kerana sentiasa setia membaca blog ini tanpa jemu. InsyaAllah , banyak lagi yang akan dikongsikan pada posting-posting yang akan datang.
Terima kasih, Salam sayang dari saya ๐
Jumpa lagi, bye! ๐
Salam Ika,
ReplyDeleteAgak panjang posting awak kalini.
First thing first, am sorry about your mum. byk sedekahkan yaasin buat ibunda ya.
You should be proud that u have a become a good cook at this age which i believe not many of your friends are good in cooking.
Thru cooking we could make someone else happy rite.
Keep doing what you love ok and thanks for sharing this.
Good job!