Friday 15 November 2019

'MENGUNDI TANGGUNGJAWAB BERSAMA'

Assalamualaikum, haloooooooo😎😎

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berpeluang untuk meneruskan penulisan blog saya dan berkongsi lebih banyak cerita tentang kehidupan saya πŸ˜‰ rasa-rasa apa tajuk saya kalini? Pasti lah semua dah tahu kan, saya hendak bercerita tentang MENGUNDI . hahaha ✌

Okey, marilah kita teruskan..

Okey untuk harini  , saya nak cerita tentang pengalaman kali kedua dalam hidup saya yang berlaku semalam, iaitu pada 14/11/2019 ( Khamis) . Pada tarikh tersebut telah berlakunya Satu Pilihan Raya Kecil (PRK)  Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menetukan pemimpin yang bakal menerajui tampok kepimpinan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar di universiti. Program ini adalah program yang sangat besar dan melibatkan kesemua pelajar dari tahun satu hingga tahun akhir. Kenapa saya pengalam kali kedua? Ini kerana saya pernah mengjalani proses pengundian tetapi ianya sewaktu saya di Kolej Matrikulasi dan Pilihan Raya yang dijalankan tidaklah sebesar dan se 'GAH' di universiti.

Okey, saya bukan hendak bercerita tentang politik kerana saya tidak akan mebangkitkan isu siapa yang lebih layak dan siapa yang tidak layak bagi mengisi tampuk kepimpinan di kampus tetapi saya ingin berkonsi sedikit ilmu tentang Pilihan Raya Kecil Kampus ini dan berkongsi tentang pengalaman serta sedikit kebaikkan yang kita akan dapat melalui pilihan raya ini.




Apa itu Pengundian? 

Pengundian ialah satu kaedah untuk pembuatan keputusan yang mana satu kumpulan, umpamanya bermesyuarat atau para pengundi mencuba untuk mengukur pendapat-pendapat ahlinya. Kebiasaanya sebagai langkah terakhir menyusuli perbincangan atau perdebatan dalam sesutu tujuan. Alternatif-alternatif untuk pengundian termasuklah pembuatan keputusan kesepakatan yang bertujuan untuk mengelakkan pengutuban dan pertentangan pendapat serta pertaruhan. ( Petikan Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengundian )

Apa itu Majlis Perwakilan Mahasiswa?

Seperti yang kita tahu , pilihan raya kampus merupakan pemilihan untuk kita sebagai pelajar memilih sesiapa yang bertanding mewakili pelajar sesebuah kampus itu sendiri untuk memengang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (Majlis Tertinggi Pelajar Universiti) .

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pula ialah merupakan salah satu organisasi yang sudah lama ditubuhkan sejak tertubuhnya sesebuah universiti itu. Organisasi pelajar ini adalah organisasi yang tertinggi dan melahirkan mahasiswa yang berani kehadapan dan mewakili para pelajar sebagai pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan mahasiswa universiti. Bukan sahaja itu, malah ini adalah salah satu cara untuk menumbuhkan atau melahirkan Perwakilan Pelajar yang mampu untuk menjadi pemimpin dan mengusai tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. MPP ini juga diwujudkan bagi mendengar atau saluran kepada para pelajar di universiti untuk mengemukakan segala permasalahan yang mereka hadapi kepada pengurusan institusi . MPP juga adalah organisasi yang diwujudkan bagi memenuhi segala tanggungjawap yang diamanahkan kepada mereka.

OKEY seterusnya, saya ingin ceritakan sedikit tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya alami sepanjang minggu sebelum berlakunya Pilihan Raya Kecil Kampus.

Seperti yang kita tahu, sebelom berlakunya pilihan raya kecil kampus, sudah pasti para-para calon akan membentangkan agenda-agenda mereka kepada kesemua mahasiswa lain bagi mendapatkan sokongan dan bagi meraih undian. Calon pilihan raya terbahagi kepada dua iaitu yang pertama Calon Umum dan yang kedua ialah Calon untuk Fakulti. Calon umum merupakan mahasiswa yang bertanding bagi merebut tampuk kepimpinan Tertinggi Mahasiswa UKM manakala Calon untuk Fakulti pula ialah calon mahasiswa yang mewakili fakulti masing-masing bagi menjadi Majlis Pewakilan Pelajar Fakulti masing-masing dan juga menjadi wakil suara kepada kesemua pelajar fakulti masing-masing.

Pembentangan agenda-agenda  bagi setiap calon dilaksanakan seminggu sebelom berlakunya pengundian. Pelbagai cara yang dilakukan oleh para calon bagi memperkenal diri mereka kepada mahasiswa serta membentang agenda yang mereka akan ketengahkan jika mereka menang di PRK Kampus. Antaranya, para calon akan pergi ke kelas-kelas dan membentangkan agenda selama beberapa minit, mereka juga mengadakan mini perhimpunaan di kafe-kafe kolej kediaman yang berada di UKM ini bagi meraih kepercayaan mahasiswa lain. Saya juga dapat merasakan bahang kehangatan sepanjang minggu sebelum pengundian kerana saya dapat melihat kesemua calon-calon sungguh bersemangat 'menjual' diri meraka kepada mahasiswa. Saya amat berbangga dan sangat mengangumi calon-calon PRK ini tidak kira sama ada calon umum atau fakulti kerana meraka sanggup dan berani menampilkan diri bagi menjadi pewakilan pelajar yang akan mengetuai kepimpinan dan membawa kami mahasiswa lain ke level yang lebih selesa.


Video ini memaparkan sedikit pembentangan agenda ringkas oleh calon-calon yang telah datang ke kelas saya.

Selain daripada calon membentangkan agenda mereka secara berkomunikasi dengan mahasiswa, mereka juga sudah pasti mempunyai bena-bena tersendiri serta mereka akan mengedarkan 'form' yang mempunyai gambar mereka serta agenda yang mereka akan ketengahkan bagi setiap calon. Agenda bagi setiap calon sudah pasti berbeza dan sudah pasti kami akan memilih calon yang berkebolehan dan membentangkan agenda yang realistik dan sememangnya boleh diwujudkan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan.


  Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut, berikut merupakan antara calon yang bertanding bagi Calon Fakulti yang bakal menjadi Pemimpim Pewakilan Pelajar bagi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Mungkin ianya hanya lah sehelai kertas yang tidak bernilai di mata mahasiswa yang tidak peduli tentang pilihan raya ini tetapi, ianya merupakan sehelai kertas yang menunjukkan bertapa gahnnya kepimpinan dan agenda yang akan dibawakan untuk mahasiswa jika mereka memenangi tampuk kepimpinan MPP tersebut. Hebat Bukan? πŸ‘€ Bukan semua orang dapat peluang apa yang mereka dapat ini, bagi saya , hanya mereka yang betul-betul berani dan gigih sahaja yang dapat merasainya. ❤

Pada 14/11/15 - bermulalah hari yang dinanti nantikan oleh kesemua calon kerana pada hari tersebut adalah hari yang akan menentukan kejayaan mereka sebagai calon Perwakilan Pelajar. Di UKM terdapat 10 buah kolej kediaman, dan pusat pengundian adalah bertempat di kolej kediaman masing-masing. Saya sebagai Bangsa Keris iaitu penghuni Kolej Keris Mas, saya dan penghuni yang lain bertanggungjawab untuk mengundi di Bilik Konvensyen yang terletak di aras 1, di banggunan pejabat Kolej Keris Mas.





Pelik lah kalau namanya mengundi kalau tak kena beratur kan? jadi memang adat lah apabila mengundi kita perlu beratur panjang. Tapi apalah salahnya jika kita berkorban dan bersabar demi memilih dan memberi komitmen dan menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya nampak kecil tetapi ianya sangat lah besar kerana ianya adalah satu platform  untuk kita  memilih bakal PEMIMPIN KITA. haaa gituuu hahahhaha. Bagi saya, kita sangat tak rugi berkorban demi kebaikan kita , kita yang mengundi, kita yang membentuk siapa pemimpin pelajar kita. πŸ‘πŸ‘



Tapi sayang seribu kali sayang, dan saya amatlah kecewa kerana statistik yang turun mengundi sangat-sangat lah tidak memuaskan. Hanya 42% sahaja yang menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan masih berbaki 58% yang mungkin hanya berdiam diri dan tidak turun mengundi kerana mereka menganggap bahawa jika mereka tidak turun untuk mengundi, tampuk kepimpinan masih juga dapat diisi oleh calon sebagai Majlis Pewakilan Pelajar. Tidakkah itu merupakan satu keputusan yang salah?  Ini menunjukkan masih ramai pelajar yang tidak memberikan sokongan dan masih tidak mendapat pendedahan tentang bertapa pentingnya untuk mengundi. Dengan hanya satu undian sebenarnya mampu mengubah segalanya. Mengundi ini bukan sahaja memberikan para calon peluang untuk memimpin tapi ia juga sebagai satu platfom untuk kita untuk memilih cara pembentukkan serta memberikan peluang untuk calon untuk menjalankan segala agenda-agenda yang telah mereka janjikan.  


Okey saje je ika nak kongsi, ini adalah  tatacara pengundian. Nampak macam mudah kan, tetapi bila nak mengundi tuu, nervous tu lain macam. Hanya yang pergi mengundi sahaja yang dapat rasakan aura tersebut. hahaha  macam kita pula yang bertanding kan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ hahahhaa  

Okey yang terakhir, saya nak kongsikan sedikit saat-saat saya dan rakan saya untuk mengundi. Pengalaman yang tak ada dijual dimana-mana, kita sahaja yang dapat apabila kita rebut peluang untuk memilikinya. 




Sebelom saya akhiri posting saya kalini, saya ingin tekan kan kepada kesemua pembaca , tidakkah andar sedar bahawa bertapa pentinganya kita untuk mengundi? Seperti yang saya katakan tadi, dengan hanya melalui satu pangkah ❌ anda, akan mengubah segalanya dan mampu mengubah tampuk kepimpinan dan mampu untuk merealisasikan hasrat kita sebagai mahasiswa di kampus jika kita bijak untuk memilih siapakah yang menjadi wakil pelajar kita . Ini adalah hanya peringkat kecil iaitu peringkat universiti dan kita akan menghadapi PRU 15 pada tahun akan datang dan tidakkah anda sedar bahawa dengan undian ada akan mengubah pentadbiran negara ? Bersediakan anda di umur yang muda , kita bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang bakal menerajui pentadbiran negara? Maka inilah platform nya, melalui PRK kampus inilah yang akan memberi inspirasi kepada anda jika anda lakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. πŸ˜‰

Baiklah, saya rasa sampai disini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Nampak kan saya sungguh bersemnagat bercerita tentang topik saya pada harini . hahahaha . Saya sudah, anda bila lagi?  Hehe, jumpa lagi pada posting yang akan datang okey semuanyaaaa! 

Salam sayang, Salam Mahasiswa Bebas Mengundi 

Tapi jangan lupa, #UNDIADALAHRAHSIA 




1 comment:

  1. Salam Ika,
    Wah panjang gila posting awak kali ni. Nampak semangat awak tu pd topik mengundi ni. Benar, undi itu sgt penting namun sayang bila ada yg ambil mudah dan tidak peduli apa yg berlaku pd tampok kepimpinan kita. nnt boleh rasa pengalaman mengundi utk negara pula ya. lagi semangat!
    Good job and keep it up!

    ReplyDelete