Wednesday, 20 November 2019

MY DAILY SKIN CARE AND MAKEUP ROUTINE

Assalamualaikum, heyyyyoooooo! 💕💕💕💕

Alhamdulillah selamat bertemu lagi kita di blog saya yang serba ringkas ini!! 

 Haaa tengah berkerut dahi ke tu? Okey, macam biasa sebelom apa-apa,tarik nafas dalam-dalam, hembusssss 💨💨 hembus ikut hidung atau mulut okey jangan ikut lain pulak. lain jadinya nanti. ahahahaha . Haa dah hembus nafas kan? lepastu apa lagiii,  senyum  laaaaa .. 😊😊 Nampak gigi pun takpe, takde orang nak cakap kita gila pun 👀😬  Kongsikan positif 'vibes' anda kepada orang lain. Barulah ada persekitaran yang sihat .. haaa cenggituuu 👍

Okey, kalau nak diikutkan lah kan.. Posting kalini adalah posting yang ke-9 saya . Sudah banyak yang saya kongsikan pada posting-posting saya sebelum ini. Bermacam macam idea terlah cuba dicurahkan, sudah tiba masanya seketul Ika Natasya ketandusan ideanya .. hahahaha
Untuk posting kalini, saya ambik masa yang sangat lama yaa untuk berfikir apa lah yang saya nk kongsikan kalini untuk para pembaca saya . Fikir punya fikir, masih tiada idea yang menarik, sehinggalah tiba-tiba terfikir nak kongsikan tentang minat saya.

Haaa minat? apa lagi lah minat saya kan.. sebelum ni saya dah kongsikan tentang minat saya terhadap musik, minat saya terhadap masakan.. dan apa lagi, tengok tajuk pun dah tahu kan, tajuk saya kalini ialah tentang MAKEUP harian sayaaaaa! 


Kenapa saya pilih makeup sebagai tajuk harini? okey, yang pertamanya kerana saya sudah ketandusan idea . hahaha dan yang keduanya kerana saya memang minat untuk makeup(basic je tak pandai makeup sangat pun 😁), maka saya teringin nak kongsikan serba sedikit tentang rutin makeup harian saya sebelum keluar atau pergi ke kelas. 😎 teringin jugak nak acah-acah instafamous ke, artis ke yang share makeup tutorial harian diaorang. hahahaha 

Tidak dinafikan, ada sahaja yang bertanya kenapa saya pakai makeup? Kenapa saya suka makeup? Kenapa dalam keluarga saya je yang suka untuk makeup? kenapa pergi kelas yang mungkin hanya 3 jam sehari pun nak makeup? 

Terlalu banyak soalan yang dipersoalkan kenapa dan mengapa, tetapi bagi saya senang sahaja jawapannya. Semuanya berbalik pada diri sendiri sama ada kita hendak buat sesuatu itu atau tidak. Saya sangat mengemari untuk memakai makeup atas diri saya sendiri dan tiada siapa pun yang mempengaruhi atau mengajar saya. Saya memakai makeup kesemuanya sendiri memalui pemerhatian saya terhadap artis-artis yang saya minat ( tengok tutorial dekat instagram) . Pada mulanya, keluarga saya terutama sekali ayah saya sedikit tidak selesa dengan perbuatan saya dan keinginan saya untuk pakai makeup apabila keluar tetapi saya mula berjinak jinak untuk pakai makeup sejak saya mempunyai duit saya sendiri kerana bekerja selepas habis SPM. Lama kelamaan ayah saya menerima keputusan saya untuk 'bermakeup' kerana saya tidak minta duit dia untuk membelinya. hahahaha ( taktik paling baik kalau nak parents setuju dengan apa kita minat , jangan susahkan mereka dan usaha sendiri) 😅😅

Okey, sejak itu lah saya pakai makeup dan sehinggakan saya tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang jika saya tidak pakai apa-apa dimuka saya , terutamanya apabila keluar jalan-jalan ataupun pergi ke kelas. (tak elok sebenarnya perasaan ini tapi hmm saya masih cuba atasi masalah  kurang keyakinan saya ini). Saya juga selalu merasakan saya belum cukup cantik untuk tidak pakai apa-apa makeup. hahahaha

Okey baiklah, cukup dengan cerita tentang sejarah tentang penjinakkan saya dalam dunia makeup ni hahaha kini tiba masanya untuk saya cerita serba sedikit tentang apa yang saya apply dalam makeup harian saya. 

Kebiasaannya, saya akan bangun awal daripada orang lain sbb bukan sekejap ye masa nak makeup. hahahahaha


1. Step pertamaaaa, mandi. Jangan tak mandi pulak sebelum keluar atau pergi kelas.😂 Nanti harap muka je dah cantik makeup tapi rupanya tak mandi .. hahaha

Seterusnya, saya akan pastikan  setiap kali selepas mandi, saya perlu mencuci muka sebersihnya supaya dapat membersihkan segala minyak, kekotoran yang ada pada muka  sewaktu kita tidur. Kalau tak cuci betul-betul nanti akan berlakunya pori muka tersumbat kerana penjagaan muka yang tak betul... lepastu mula lah jerawat naik bertepek tepek kat muka 😐 Setiap seminggu 2 kali juga, kita perlu skrup muka kita supaya dapat buang kulit-kulit mati dan memberikan sedikit kemanjaan pada kulit wajah apabila kita urut-urut muka ketika skrup itu.. feeling good gituuu lepas dh skrup, ringan je muka.. hahaha 

p/s : pakai apa sahaja jenis pencuci muka dan skrup ( asalkan sesuai dengan kulit wajah ) 

2. Step kedua ialah , selepas selesai cuci muka dengan sebersihnya digalakkan untuk lap muka dengan menggunakan towel, kain atau tisu yang bersih bagi mengelakkan muka daripada terdedah dengan kekotoran sebelum saya memakai apa-apa dimuka. Selepas sahaja lap muka dengan kain bersih, saya akan terus memakai toner saya iaitu hydrating lotion daripada hada labo ( tepek tepek je dekat muka dengan tangan, jangan guna kapas tau sebab boleh berlaku hakisan kat kulit muka nanti). Saya akan pastikan saya memakai toner dengan cepat supaya dapat meresap dengan baik ketika pori muka masih lagi terbuka selepas basuh muka. 



3.  Seterusnya, step ketiga ialah saya akan memakai moisturizer sebaik sahaja toner meresap di muka saya. Kebiasaanya , orang akan memakai serum di step ini, tapi saya tidak pernah memakai apa-apa serum kerana masih belom berani untuk mencuba. (kulit muka sensitif). hmm😩 Tiada cadangan untuk moisturizer yang terbaik kerana setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Maka, buatlah pilihan yang terbaik untuk muka anda. hahaha Untuk saya, saya hanya memakai water gel daripada hada labo. Pakai seperti biasa, colet-colet kat muka, sapu kasi rata. 😗


4. Untuk step seterusnya, selepas pakai moisturizer, saya akan pilih untuk memakai sunscreen. (sangat penting yeeeee untuk pakai sunscreen) Banyak kelebihannya antaranya, elakkan kulit kita terdedah secara terus dengan matahari dan mampu melambatkan penuaan . Haaa nak ke muka cepat kedut? Jadi, sila-sila lah pakai sunscreen . Ehehehehe


5. Step kelima, saya akan memakai foundation. Foundation merupakan yang paling utama dalam dunia makeup kerana ianya merupakan paling asas sebelum memakai makeup-makeup yang lain. (ha ni baru masuk bab makeup, tadi tu asas sebelum makeup) . Tetapi, sebelum pakai faoundation, saya akan pakai concelar ( untuk tutup kesemua kesan-kesan atau bekas jerawat) dan barulah saya akan pakai foundation. 
Concelar

Foundation

6. Seterusnya, terpulang jika nak pakai compac powder bagi melicinkan tekstur faondation jika tak nak pun tak pe, dan boleh teruskan dengan step seterusnya .. huhu


7. Okey seterusnyaaaaaaa, tiba masanya untukk  makeup yang paling saya suka iaituuuu blusherrrrr! Dalam banyak-banyak makeup, saya sangat-sangat suka dengan blusher sebab bagi saya blusher lah yang berjaya naikkan makeup kita sebab fungsi dia bagi muka kita merah-merah gituuuu 😚
Kalau tak pakai blusher, memang tak boleh. rasa macam tak yakin je nak gerak. hahaha tapi kalau setakat nak gi makan kat kafe kolej, tak pakai lah. nanti orang kata over pulak kan. hahaha saya ada beberapa lagi koleksi blusher tapi saya tak tunjuk lah saya tunjuk yang saya suka pakai je.. hehe


8. Okey ni adalah yang paling akhir, palingg penting, paling susah nak pilih sebab tiap-tiap hari fikir nak pakai lipstik colour apa. Kalau gi watson atau guardian kan, memang rasa nak beli semua jenis warna yang ada. hahahaha .. Tapi, selalunya saya aakan pilih untuk campurkan lipstik saya supaya dia jadi warna yang lain dari lain. tak payah beli banyak pun takpe, boleh campur jadi warna sendiri heheheh.

Haaaaaa itu diaaaaa, habis pun cerita tentang penjagaan muka dan makeup asas yang saya pakai untuk tiap-tiap hari. Walaupun ada juga yang mengatakan makeup adalah satu pembaziran, tetapi jika anda merasai makeup ini adalah satu kegembiraan yang mampu buat anda kurangkan tekanan , anda pasti akan faham kenapa saya sangat-sangat suka untuk makeup.. hahahaha 

Saya taknak cerita panjang-panjang sebab saya yakin para pembaca saya ni semua pasti sudah dapat menjangkakan yang saya sejenis yang amat menitik beratkan penjagaan muka dan perhiasan diri. Ianya memang suatu kepuasan yang tidak dapat diluahkan, ehek ehek

Sebelum saya akhiri penceritaan saya, saya ingin menasihati kepada semua pembaca, walau bagai mana pun keadaan, jagalah kulit muka anda, tak cantik dimata orang tidak mengapa, janji kita yakin dengan apa yang kita buat, kerana yang paling akhir sekali semuanya berbalik pada diri kita sendiri.

Disebabkan saya suka sangat makeup, saya  nak share tutorial makeup saya untuk anda semua. SELAMAT MENONTON !!! 😘😘😘😘




Hehehehe terima kasih semuanya kerana sudi membaca sehingga akhir, semoga anda mendapat sedikit kegembiraan dan inpirasi pada hari ini. 

Salam sayang dari saya, penulis blog kegemaran anda 💗💗



1 comment:

  1. Ok. i can't believe i watched that tutorial video till the end hahaha. comel pulak suara chipmunk tu :D
    nice sharing ika. basic apa, dah boleh jadi MUA dh tu :D
    good job and keep it up!

    ReplyDelete