Friday 29 November 2019

SILAT GAYUNG FATANI

Assalamualaikum, Holaaaaa 💋

Sayang Kumbang Mecari Makan,
Terbang Seiring di Tepi Kali,
Selamat Datang Saya Ucapkan,
Moga Sentiasa Ke sini Berkali kali . 😂😂

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan blog saya bagi memberikan lebih banyak perkongsian kepada semua. Dan tidak lupa juga , terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan meluangkan sedikit masa untuk membaca penulisan blog saya yang serba ringkas ini. 😘😘😎

Okey, pada kesempatan kalini saya ingin mengambil peluang untuk bercerita tentang sebahagian ilmu yang saya belajar selama beberapa bulan saya menjadi mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) ini. Kali ini saya bukan nak cerita tentang apa yang saya belajar di dalam kelas atau kuliah tetapi saya ingin ceritakan apa yang saya belajar di luar waktu kuliah.

Sebelom ini saya ada berceritakan tentang saya mengambil Citra Fotografi sebagai tambahan kredit saya dan telah pun diceritakan serba sedikit pengalaman saya di dalam kelas. Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dalam seni pertahan kan diri iaitu Seni Silat Gayung Fatani.





Apa itu Seni Gayung Fatani?

Seni Gayung Fatani ialah satu aliran perguruan seni silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya yang terdapat di dalam masyarakat di desa-desa daerah hujung lidah tangan besar benua Asia meliputi masyarakat Melayu Campa, Kemboja, Patani, Semenanjung, Sumatera dan beberapa kepulauan Melayu. (http://psgfm.com.my/2016/01/05/apa-itu-seni-gayung-fatani/)

Untuk pengetahuan para pembaca, seni gayung fatani bukanlah seperti silat-silat yang lain yang terdapat di Malaysia. Ini  kerana, jika kita tengok dari namanya sahaja telah menyatakan bahawa seni gayung fatani ini merupakan sebuah seni pertahankan diri yang berunsurkan SENI dan bukanlah sebuah silat yang menekankan kekuatan atau keganasan dalam setiap langkah gerak serta bunga yang diajari.

Pada mulanya saya tidaklah terfikir untuk pelajari seni gayung fatani ini apatah lagi untuk memasukinya dan jadikan ia sebagai citra. Tetapi disebabkan kekurangan kredit untuk citra, akhirnya saya memilih untuk menjadikan seni gayung fatani ini sebagai salah satu citra yang mampu menyumbangkan 2 kredit. Kelas yang telah ditetapkan bagi seni gayung fatani ialah pada setiap malam selasa dan rabu, selama kira-kira 2 jam iaitu dari jam 8.45pm-11.00pm. 

Setiap seni silat sudah pasti mempunyai cara atau kaedah pembukaan , bagi seni gayung fatani ini, terdapat beberapa step atau langkah yang wajib dilakukan sebelum memulakan latihan . Sebelum itu kami akan diminta untuk mengambil kedudukan masing-masing dalam keadaan beratur dan mengahadap guru. 

1. Hormat - Guru akan meminta kami untuk hormat. Ianya menunjukkan kami mengahormati antara satu sama lain
2. Membaca al-Fatehah - Hadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, kedua ibu bapa, guru-guru, keluarga , rakan-rakan dan diri sendiri
3. Membaca Syahadat
4. Membaca Selawat - sebanyak 3 kali 
5. Membaca  La Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah 
6. Niat - Sahaja aku belajar seni silat gayung fatani kerana Allah 
7. Doa - dipimpin oleh guru silat yang mengetuai pembelajaran silat

Seterusnya, dalam seni gayung fatani pada sem ini , saya dan rakan rakan diajar yang asas dahulu kerana kebanyakkan dari kami tidak mempunyai apa-apa basic seni gayung fatani ini termasuklah saya sendiri. Untuk minggu-minggu awallan, kami diajar bunga silat. Bunga silat merupakan antara perkara yang utama kenana ianya akan digunapakai setelah pembacaan doa semasa pembukaan kelas silat dan sebelum menutup kelas silat juga kami akan melaksanakan langkah bunga ini.

Bunga di dalam seni gayung fatani bermaksud satu aliran gerak asas silat sesuatu aliran perguruan. Bunga Silat juga dikenali sebagai lela sembah . Makna yang khusus bagi bunga silat ialah gerak silat yang ditampilkan sebagai tanda menghormati guru dan perguruan silat. Pergerakkan bunga silat ini terdiri daripada langkah, kuda-kuda, limbai dan lengguk yang dilakukan secara rangkai yang menjadi asas kaedah rupa dan bentuk silat. Gerakan bunga silat ini berkembang pada tujuh peringkat yang bermula dengan disiplin, hormat , sabar, tenang , waspada, kemas dan keterampilan.

Bunga Silat 

Selain daripada itu, dalam seni gayung fatani juga mempunyai jurus. Setelah kami telah mahir dalam bunga silat , cikgu meneruskan ajaranya dengan mengajar jurus silat pula. Jurus silat berfungsi sebagai pembinaan kepada serang bela yang tepat , pantas dan berkesan. Di sebalik latihan atau gerak jurus silat , terdapat nilai-nilai murni yang diterapkan iaitu yakin, kendiri, patuh, seimbang , jujur berdikari serta tegas. Dalam jurus silat ini, terdapat tujuh peringkat yang diterapkan dalam amali Jurus Silat tujuh peringkat. Jurus silat mengajar pesilat-pesilat untuk memperoleh kemahiran serang bela yang tinggi, disebaliknya terdapat juga nilai-nilai murni yang menjadikan pesilat-pesilat seseorang yang dapat memimpin diri dariapada terjebak kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecelakaan pada diri zahir dan batin.

Jurus Silat

Seterusnya, setelah diajar bunga silat dan juga jurus silat, kami juga diajar tapak Belebat silat. Belebat silat merupakan cara sambut apabila datangnya serangan dari pihak lawan. Belebat juga bermaksud pergerakkan bagaimana untuk merancang 'sparing' pada permulaan pertempuran.

Selain itu, kami juga diajar Tapak, dan tapak pula merupakan corak langkah atau perancangan melangkah yang digunakan untuk memudahkan pergerakan . Ianya terdiri daripada kuda-kuda yang dijadikan asas dalam menyerang dan untuk mempertahankan diri serta menerima serangan dari pihak lawan. Tapak silat merupakan kedudukan dua belah kaki di atas lantai . Manakala pergerakan silat pula membawa kepada pergerakan atau jenis serangan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam seni gayung fatani pada semester satu ini, kami diajar tapak 4. Tapak 4 merupakan pergerakan dari satu tapak dan akan bergerak ke tapak tapak yang berbentuk empat segi dan akhirnya akan berakhir di tapak yang sama. Tapak 4 ini adalah pergerakan secara kumpulan sama ada dua tau empat orang. Dan kebiasaanya kami akan meletakkan kasut atau selipar di penjuru empat bahagian bagi mengekalkan langkah kami supaya tidak berlaku kesilapan dalam langkah.



Terdapat banyak lagi yang diajari di dalam sesi pembelajaran seni gayung fatani ini, dan itulah serba sedikit perkongsian tentang ilmu yang saya peroleh dari kelas seni gayung fatani . Pada mulanya, minat dalam silat tidak pernah wujud dalam diri, tetapi setelah mempelajari dan perasaan suka dan minat terhadap seni gayung fatani ini makin hari berjaya dipupuk dan ianya memberikan kelebihan kepada diri saya kerana mempunyai asas mempertahankan diri.

Seni gayung fatani bukanlah silat untuk pertempuran pada asalnya , ianya merupakan silat yang mementingkan seni dan pergerakan yang amat menarik. Dalam setiap langkah dan pergerakan dalam seni gayung fatani mempunyai maksud maksudnya yang tersendiri dan jika diterapkan dalam kehidupan seharian, ianya amat membantu dalam pembinaan jati diri seseorang individu.

Sampai disini sahaja , sedikit perkongsian saya tentang kelas seni gayung fatani . Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan membaca sehingga ke akhir perkongsian.

Salam sayang,  salam majulah silat untuk anak bangsa 😘😘😘




1 comment:

  1. Salam Ika,
    Nice sharing. i have learned silat fatani in school before, but now ofc i forgot already all the steps ahahahaha.
    Keep it up!

    ReplyDelete