Tuesday 3 December 2019

TEMU RAMAH TOKOH AKADEMIK

Asalammualiakum , holaaaaaa 😍

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan blog saya dan selamat bertemu kembali kepada semua pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dengan mengikuti perkembangan penulisan blog saya.

 Terima kasih Daun Keladi, ehehehe 😘

Untuk hari ini, saya ingin memceritakan sedikit pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan saya semasa mengadakan sesi temu ramah bersama seorang tokoh yang ingin kami jadikan sebagai tokoh akademik yang boleh dicontohi oleh semua pelajar.

Temu ramah ini adalah sebahagian daripada tugasan yang diberikan dalam kursus citra fotografi. Tujuan temu ramah ini dijalankan adalah bagi mengetahui latar belakang pendidikan dan pembinaan kerjaya seseorang tokoh untuk dikongsikan kepada pelajar yang lain dalam bentuk pembentangan.

Pada mulanya kami berlima memilih untuk menemu ramah seorang Professor Madya daripada Fakulti Undang-Undang kerana merasakan bahwa mereka yang bertugas sebangai pensyarah di sana sudah pastinya seorang yang sangat hebat. Pada mulanya kami memutuskan untuk menemuramah Professor Madya dr. Ahmad Azam bin Shariff yang merupakan seorang pensyarah di fakulti Undang-Undang. Tetapi dek kerana kesibukkan yang tak dapat dielakkan , permohonan temuramah kami ditolak dan ia menyebabkan kami diberi cadangan untuk kami mencari tokoh yang lain sebagai ganti. Setelah berusaha membuat permohonan temuramah beberapa orang tokoh yang lain, pemohonan kami masih lagi ditolak dan akhirnya kami memutuskan untuk menukar perancangan kami.

Perbincangan sebelum temuramah

Setelah sebulat suara kami memutuskan untuk menemuramah seorang Professor Madya daripada Fakulti pendidikan dan ia merupakan seorang yang hebat dalam Pengajian Bahasa Arab.

Professor Madya Nik Mohd Rohimi  bin Nik Yosoff

Kami sebulat suara memilih beliau sebagai tokoh Akademik bagi tugasan kami kerana mengikut penyelidikan kami, beliau merupakan antara pensyarah yang mempunyai pengalaman yang luas dan memperoleh beberapa anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang pendidikan. Beliau juga merupakan seorang periang dan berfikiran terbuka.

Beliau merupakan anak jati kelantan dan dibesarkan di kelantan dan sehingga kini rumah ibu bapa beliau masih di kelantan. Beliau merupakan bapa kepada 3 orang cahaya mata dan kini menetap di Seksyen 7, Bangi Selangor. Beliau merupakan Ketua Modul Bahasa Arab di Fakulti Pendidikan. Bidang Kepakaran Beliau ialah Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Beliau juga menamatkan pelajaran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memperoleh PHD dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab setelah mengharungi beberapa tahun belajar di Mesir (Al-Azhar) dan Khartoum ( Magribi) dan juga dalam bidang Bahasa Arab.

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang pendidikan Bahasa Arab, sumbangan yang amat besar kepada masyarakat ialah beliau telah menulis dan menerbitkan sebuah buku penulisan Bahasa Arab mengikut susunan kefasihan orang melayu. Beliau membuat kajian tentang kefasihan sebutan huruf arab dikalangan budak tadika dan seterusnya beliau menyusun kembali huruf Arab mengikut kefasihan orang Melayu. Hasil Kajian beliau juga telah menyatakan bahawa setiap bangsa mempunyai huruf dan tahap kefasihan tersendiri terhadap huruf-huruf arab.


Sepanjang temuramah berlangsung, kami telah bertanya tentang pelbagai perkara sama ada yang dituntut di dalam tugasan kami ataupun soalan-soalan yang terlintas dalam fikiran kami. Oleh kerana beliau merupakan seorang yang amat sporting, temubual kami berlangsung secara semiformal kerana permintaan Prof yang ingin santai-santai aja gitu...

Kami berasa sangat seronok sepanjang temuramah dijalankan kerana terdapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baru yang kami peroleh. Beliau juga telah berjaya membuka mata saya tentang cara belajar dan udaha yang tidak putus-putus beliau dalam mengecapi kejayaan beliau pada masa kini. Beliau memengang prinsip "Kita nampak baik bukan sebab kita baik, tapi sebab Allah tutup aib kita", dan itu yang menjadi pembakar semangat beliau untuk terus berusaha sehingga memperoleh kejayaan yang beliau miliki sekarang. Secara tidak langsung beliau telah berjaya menarik perhatian dan menjadi pembakar semangat untuk saya terus berusaha walupun kadangkala merasa hampir gagal dalam apa yang dilakukan.



Alhamdulillah , sampai disini sahaja perkongsian saya tentang temu ramah bersama tokoh Akademik yang akan dijadikan contoh dan inspirasi pada masa akan datang supaya sentiasa bersemangat dalam mencapai kejayaan. Saya berharap bahawa suatu masa saya ingin menjadi seperti beliau dan ditemu ramah oleh pelajar saya pula ihihihi 😜💖

Sekian Terima Kasih ,
Salam sayang dari penulis Blog kesayangan anda 💕






1 comment:

  1. Nice one Ika. I do think this kind of interview will immediately boost up our spirit and energy to learn more rite?
    Good job!

    ReplyDelete