Sunday 15 December 2019

KELUARGAKU SYURGAKU

Assalamualikum, holaaaaaaa 💕

Alhamdulillah , saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berpeluang untuk meneruskan penulisan blog saya dan berkongsi lebih banyak cerita tentang kehidupan saya 😉

Untuk posting kalini, saya ingin berceritakan serba sedikit tentang keluarga kesayangan saya.

Apa itu keluarga ?

Keluarga adalah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam satu kelompok sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil  dan biasanya selalu ada hubungan darah , ikatan perkahwinan atau ikatan lainya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan dalam satu periuk .
 ( Sumber : https://www.kajianpustaka.com/2012/11/definisi-fungsi-dan-bentuk-keluarga.html )

Saya sudah pasti kesemua orang mempunyai keluarganya tersendiri. Cuma yang membezakan kita di antara satu sama lain ialah jalan cerita hidup kita .



Saya teruskan cerita saya bermula dengan kedua orang tua saya ( ibu bapa ) . Ayah saya merupakan seorang yang amat tegas dan garang bersesuaian dengan kerja nya iaitu beliau merupakan seorang pesara tentera dan berpencen sebagai 'Flat Sarjan' setelah berkhidmat hampir 45 tahun untuk Tentera Udara  Diraja Malaysia(TUDM). Pekerjaan beliau sebagai tentera bukanlah kerja yang mudah dan memerlukan beliau berpindah dari satu kem ke kem yang lain. Sepanjang perkhidmatan ayah sebagai tentera, beliau telah berkhidmat di Pengkalan TUDM Subang, Selangor dan beliau menamatkan pekerjaannya di Pengkalan TUDM Kuantan, Pahang. Pada masa ini, ayah saya tidak bekerja dan hanya berehat di rumah bagi menikmati kehidupan berpencennya setelah bertahun-tahun bekerja sebagai tentera.



Seterusnya, saya mempunyai seorang ibu yang amat lembut dan penyayang tetapi dalam lembut beliau, beliau merupakan seseorang yang amat tegas. Bagi mendidik anak-anaknya supaya menjadi manusia berguna, beliau amat perlu untuk mempunyai sikap sedemikian. Beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang berada di Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah dan sekolah tersebut merupakan tempat perkhidmatan terakhirnya . Pada 6 Ogos 2011,iaitu pada 6 Ramadhan, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di kampung halaman saya iaitu di Felda Bukit Senggeh, Asahan Melaka. Ibu menghidap penyakit kanser tahap 2 pada awalnya. kira-kira 2 tahun beliau cuba untuk bertahan dengan melalui rawatan kemotrapi dan radiotrapi. Kehidupannya mula mencabar apabila beliau terpaksa berulang ke hospital besar Melaka untuk menjalani rawatan, tetapi beliau masih mempunyai kutdrat yang kuat untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru walaupun beliau sedang sakit.

Semangat dan kesungguhan beliau sekali pun tidak pernah padam dalam benak fikiran saya kerana itulah sumber inspirasi saya untuk saya terus kuat dalam meneruskan perjuangan mencapai cita-cita saya. Walaupun masa yang dipinjamkan untuk saya hanya 11 tahun dapat hidup bersama ibu saya, tetapi ianya merupakan sesuatu nikmat yang besar yang telah diberikan kerana saya telah dianugerahkan seorang ibu yang sangat hebat.

Saya juga mempunyai seorang ibu tiri yang telah dikahwini oleh ayah saya sejak ibu saya ada lagi. Saya mengatakan bahawa ibu saya seorang yang kuat kerana antara cabaran yang besar yang beliau perlu lalui selain daripada bertahan dengan kesakitan beliau ialah beliau terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Ibu seorang yang sangat tenang, walaupun beliau sangat kecewa tapi beliau tidak pernah sekali pun berputus asa dan sentiasa nampak kuat dimata kami sebagai anak-anaknya.



 Alhamdulillah, sekali lagi Allah berikan nikmat kebahagiaan kepada saya kerana saya memounyai seorang Ibu tiri yang sangat baik dan menyokong segala apa yang saya lakukan. Dia bukanlah seperti ibu tiri yang selalunya di tunjukkan di dalam tayangan filem atau drama. Saya amat bersyukur kerana dia saya masih lagi berpeluang untuk merasakan kasih sayang dari seorang ibu.



Saya mempunyai seorang abang yang berusia 27 tahun dan kini sedang bekerja sebagai pengusaha ayam kamoung frozen. Setelah bermacam macam cabaran yang dilalui sepanjang tempoh dewasanya, alhamdulillah beliau kini sedang membina nama perniagaannya supaya dapat menempah nama yang lebih kukuh dalam pasaran perniagaan. Dia merupakan lepasan diploma dalam bidang Kaunseling. Walaupun bidang yang berlainan, ia bukanlah penghalang untuk beliau lakukan apa yang beliau minat seperti berniaga.

Saya juga mempunyai seorang kakak yang kini berusia 24 tahun. Beliau merupakan seorang graduan dalam bidang sivil engineering dan kininsedang bekerja di sebuah firma yang terletak di Putrajaya sebagai seorang engineer dan beliau juga sedang melanjutkan pelajaran secara partime bagi memiliki segulung master dalam bidang sivil engineer. Perjalanan kehidupan beliau amat dikagumi oleh saya kerana sejak beliau di sekolah rendah beliau sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dan akhirnya menyebabkan beliau berjaya menyambung pelajaran dengan memiliki biasiswa. Biasiswa yang beliau dapat bukan sahaja sehingga ke peringkat degree tetapi juga master. Berkat usaha beliau yang tak pernah putus asa, perjalanan kehidupan dan pembelajaran beliau dipermudahkan.

Saya mempunyai seorang adik yang merupakan adik saya yang sama ibu. Dia merupakan seorang yang sangat kuat kerana beliau menerima dengan hati yang terbuka pemergian arwah ibu walaupun ketika itu beliau baru berusia 5 tahun. Tanpa sedikit kekecewaan, beliau menerima segala ketentuan dengan tabah walaupun beliau pada masa itu pada usia yang sangat muda. Kini adik sedang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar yang merupakan sekolah berasrama penuh. Keputusan beliau yang cemerlang dalam UPSR telah menyebabkan beliau berjaya mengambil tempat di sekolah berasrama penuh. kami sekeluarga sangat bangga kerana adik juga berjaya mencorak perjalanan pembelajarannya dengan baik setakat ini.



Saya juga mempunyai seorang adik bongsu yang sangat comel. Adik saya ini merupakan adik kandung saya tetapi berlainan ibu. Adik saya kini baru berusia 2 tahun dan masih belajar untuk bercakap. Kini dia lah yang berjaya menceriakan rumah dan sentiasa menghiburkam kami dmsekeluarga dengan gelagatnya.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit tentang ahli keluarga kecil saya. Saya mempunyai keluarga yang lengkap. Walaupun ketiadaan ibu disisi, tetapi kasih sayang  dan ingatan saya padanya tidak pernah padam. Saya sentiasa  berharap saya dapat berjumpa ibu di dalam mimpi suapaya dapat mengubat kerinduan yang telah 8 tahun terpendam. Allah sahaja yang tahu bertapa gigihnya saya meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa seorang ibu yang merupakan sumber kekuatan utama dalam kehidupan saya.

Sekian daripada saya,
Blogger krgemaran anda <3

2 comments:

  1. You chose to write about your in the last posting :D Nice to know all of them. That means ur youngest brother is the same as my youngest (for now hihi)
    Thanks for sharing ika, nice to know them. I believe is a very important to all of us.
    Since this will be your last posting, i wish you best of luck in final and in future inshaAllah.
    Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, ameen. thankyou so much madam. im gonna miss to write a new posting after this. thankyou again, you helps me a lot.

      Delete